Isteri Tak Dengar Kata? Guna Cara Ini Untuk Mendidiknya

Dengan usaha berterusan, si isteri pasti akan berubah.

Sikap isteri yang degil dan tidak mendengar kata tidak sepatutnya berlaku kerana realitinya sang suri perlu patuh kepada suami selagi tidak bercanggah dengan syariat Islam.

Bagaimana untuk atasi masalah ini? Jelita kongsikan panduan mendidik isteri degil dan ego.

  • Perlu mengenali latar belakang diri si isteri untuk memahami punca sikap tersebut.
  • Tegur dengan baik.
  • Sentiasa berpesan dan memperingatkan isteri untuk berubah sikap menjadi lebih fleksibel serta toleransi.
  • Libatkan isteri dalam segala perbincangan agar sikap isteri akan berubah.
  • Pastikan isteri rasa dihargai dengan layanan baik daripada suami. Rasa dihargai akan menjadikan isteri lebih menghormati suami dan mudah dibawa berbincang.
  • Suami perlu laksanakan tanggungjawab pembiayaan nafkah sebaiknya.
  • Kegagalan melaksanakan tanggungjawab yang utama ini boleh menjadikan usaha mengubah sikap isteri menjadi lebih sukar.
  • Wujudkan komunikasi unggul, luangkan masa untuk isteri dan anak akan membantu isteri bersikap lebih lembut selain menerima teguran suami dengan ikhlas.
  • Usahakan untuk sama-sama mengerjakan solat secara berjemaah dan berdoa untuk keharmonian rumah tangga termasuk menjadikan diri dan pasangan sebagai hamba yang soleh atau solehah serta saling menghormati satu sama lain.
Sumber Gambar: Depositphotos