Hidup Bermadu? Ini Sikap Yang Isteri Perlu Ada Untuk Menguruskannya

Rumah tangga lebih aman jika amalkan ini.

Hidup bermadu memang pahit jika tidak dimaniskan. Sama seperti anda memperolehi limau yang masam, jika tidak dicampur gula dan dijadikan minuman, pasti limau tersebut akan terbuang begitu sahaja. Tidak mengapa jika tidak mesra bersama isteri lain, asalkan anda tidak bertikam lidah.

Ini sikap yang perlu ada pada isteri dalam menguruskan rumah tangga dan madu.

  • Uruskan rumah tangga anda sendiri, tidak perlu masuk campur hal madu dengan suami. Anda takkan dapat manfaat selain cemburu dan sakit hati.
  • Berikan layanan yang terbaik buat suami, bersaing secara sihat untuk terus menambat hati suami.
  • Jangan memfitnah atau memburukkan madu kecuali mempunyai bukti yang tindakannya telah melanggar syariat.
  • Selagi suami berusaha berlaku adil, usahakan untuk redha dan berlapang dada. Mohon bantuan daripada Allah.
  • Tidak perlu selidik atau menyiasat aktiviti madu dengan suami kecuali untuk pastikan anda tidak dianiayai.

Baca Juga: Persediaan Diri Isteri Apabila Suami Mahu Berpoligami

Sumber Gambar: Depositphotos