4 Punca Perkahwinan Tidak Direstui Ibu Bapa Yang Anda Perlu Tahu

Adanya restu dari ibu bapa, perkahwinan akan diredai

Melangkah ke alam perkahwinan adalah impian setiap pasangan yang hangat bercinta. Namun, untuk memasuki fasa baru ini bukanlah perkara mudah. Sebelum anda melakukan persediaan untuk memulakan kehidupan baru, adalah penting untuk anda mendapatkan restu daripada ibu bapa. Ia amat penting agar bahtera perkahwinan yang dibina mendapat keberkatan dan keredaan daripada Allah SWT.

Penting juga untuk anda ketahui akan sebab atau punca mengapa ibu bapa tidak merestui atau tidak mengizinkan anak berkahwin dengan pilihan sendiri. Antara sebab hubungan tidak direstui ibu bapa adalah seperti berikut:

Bukan PilihanĀ 

Menantu bukan pilihan menjadi alasan yang biasa digunakan ibu bapa untuk tidak merestui perkahwinan anak mereka. Islam melarang ibu bapa menghalang sesebuah perkahwinan tanpa sebab yang kukuh.

Tidak Sekufu

Pemilihan menantu yang setaraf dengan keturunan, kedudukan kewangan dan taraf pendidikan turut menjadi faktor utama yang dipandang sebilangan ibu bapa. Isu sekufu ini penting dalam perkahwinan namun ia tidaklah sehingga menjadi perkara asas dalam mementukan pasangan yang terbaik.

Akhlak Tidak Baik

Perangai atau tingkah laku yang tidak sopan menjadi perkara yang sensitif bagi orang tua atau ibu bapa kerana mereka memandang tinggi akan nilai dan keperibadian individu yang bakal menjadi sebahagian daripada keluarga. Ibu bapa mudah untuk menolak calon menantu sebegini.

Pegangan Agama atau Fahaman Yang Berbeza

Ini selari dengan hukum syarak iaitu menolak pernikahan yang berlainan agama. Ibu bapa berhak menegah anak daripada berkahwin dengan calon tersebut dan anak wajib mematuhinya. Jika calon tersebut memeluk Islam dengan fahaman yang sebenar, maka tiada halangan dalam agama.

Gambar: Depositphotos