Dare To Feel, Beri Kesedaran Mengenai Bahaya Penyakit Seksual

Dengan kondom paling Nipis di Malaysia

Care Latex telah melancarkan NIPIS, kondom lateks ternipis ketika ini dan fakta ini telah diiktiraf oleh Malaysia Book of Records. Bertemakan Dare to Feel, Nipis mencabar pengguna untuk mengalami perasaan sebenar yang datang dari naluri hati.

Kondom senipis 0.04 mm ini membawakan pengguna ke tahap intim yang baharu. Walaupun senipis kulit, kondom ini bukan hanya sekadar memberikan kenikmatan malah ianya juga direka untuk ketahanan. Faktor keselamatan sentiasa menjadi keutamaan Care Latex sambil memberikan kepuasan kepada pengguna.

Kondom terbaru ini ditawarkan dengan pilihan menarik yang menyeronokkan seperti Confort Fit, Chocolate Love, Vanilla Milkshake, Ultimae Ribbed, Spotted Sensation, Dotted Pleasure, G-Sopt dan banyak lagi. Nipis sememangnya produk sensasi terbaru yang akan memantapkan lagi barangan keluaran Care Latex.

Menjadi syarikat tempatan yang mempunyai misi untuk menjadi pembuat kondom pilihan negara ini, selain daripada kempen membangkitkan perasaan, Care Latex juga ingin memberikan fokus kepada melakukan seks yang selamat.

Keprihatinan terhadap kehamilan tidak dijangka serta komplikasi daripada Penyakit Menular Seksual (STD) di dalam masyarakat perlu diberikan fokus. Oleh itu, Care Latex akan terus bekerjsama dengan Kerajaan, industri lain serta agensi bukan kerajaan untuk memberikan pendidikan kepada masyarakat tentang kepentingan mengamalkan hubungan seks secara selamat.

Kali ini, Care Latex telah bekerjasama dengan Malaysian AIDS Council bagi menamatkan ancaman AIDS melalui hubungan seks menjelang 2030. Selain daripada pelancaran Nipis, Care Latex turut membantu Malaysian AIDS Council  memantapkan kempen digital badan tersebut agar dapat mendekati golongan muda dengan mendermakan sebahagian daripada kutipan hasil jualan kondom tersebut. Kerjasama ini akan membantu menyerbarkan keprihatinana di kalangan masyarakat mengenai gejala AIDS dan membolehkan Care Latex menyumbang kepada mereka yang memerlukan bantuan.