6 Cara Bantu Suami Kembali Romantik

Suami romantik, rumah tangga bahagia!

Adakah anda perasaan perubahan sikap suami kepada anda sebelum dan setelah berkahwin? Jika dahulu, suami melayan anda dengan baik dan bersikap romantik namun setelah mendirikan rumah tangga, mereka mungkin tidak sama seperti dahulu. Sikap romantik mereka mungkin sudah berkurangan. Itu tidak bermakna mereka tidak romantik langsung. Mungkin anda boleh cuba cara ini untuk kembalikan sifat romantik si suami.

Gambar: Depositphotos

  1. Ketahui bahawa ini bukan hanya usaha sebelah pihak sahaja. Suami ister perlu bekerjasama untuk mengembalikan rasa romantik.
  2. Suami isteri perlu memahami personaliti dan bahasa masing-masing, supaya keduanya tahu bagaimana pasangannya mahu berkomunikasi.
  3. Musyawarah (perbincangan) perlu menjadi tunjang utama dalam perkahwinan agar sebarang salah faham boleh diselesaikan dengan cara baik dan matang.
  4. Ubah rutin harian yang membosankan seperti daripada hanya bersalaman kepada pelukan serta ciuman sebelum keluar bekerja.
  5. Mulakan menghantar ungkapan romantis seperti I Love You melalui pesanan mesej atau ketika bercakap di telefon. Juga boleh hantarkan gambar jika sedang berjauhan.
  6. Pergi bulan madu (tanpa anak) dengan niat untuk menyemarak kembali semangat perkahwinan. Inilah peluang masa berkualiti untuk berbincang tentang kehidupan bersama tanpa sebarang gangguan.