4 Barangan Yang Mampu Tingkatkan Mood Seks Bersama Suami

Sekali-sekala, tidak salah untuk cuba!

Tidak salah untuk mencuba sesuatu yang baru dalam hubungan intim bersama suami! Ini antaranya…

 

Kelopak Bunga Ros

Ros adalah bunga yang sinonim dengan cinta. Jadi, cipta aura romantik dengan menaburkan kelopak bunga ros di atas lantai, katil ataupun ke dalam bubble bath! Ia akan buat anda rasa seperti berbulan madu bersama suami.

Lilin Aromaterapi

Penggunaan lilin aromaterapi bukan sahaja membantu menghilangkan stress tetapi ia juga boleh digunakan untuk meningkatkan mood di ranjang. Selain itu, cahaya malap daripada nyalaan lilin dapat membuatkan suasana lebih romantik.

Coklat dan Strawberi

Sama seperti bunga ros, coklat dan strawberi juga adalah makanan yang sering dikaitkan dengan cinta. Cipta suasana mesra bersama suami dengan menyuap buah strawberi disaluti coklat.

Krim Putar

Pikat suami menggunakan krim putar. Jangan malu atau segan untuk melakukannya. Suami pasti akan gembira dengan layanan yang anda berikan kepada mereka.

Sumber: Cosmopolitan.my
Sumber Gambar: Depositphotos