#COVID19: Sebar Kesedaran #BasuhTangan Guna Aplikasi TikTok

Kandungan RMO yang lebih berkesan untuk dilayan.

Sebagai satu daripada kempen kesedaran penting, TikTok menyertai perjuangan dalam menentang virus maut ini dengan melancarkan kempen #SafeHands.

Ia antara inisiatif yang sangat berkesan kerana menggunakan jumlah pengikut dan pengguna TikTok untuk menyebarkan maklumat yang berguna pada platform kegemaran ramai ini.

Jom tonton usaha rakan berpengaruh Malaysia membantu mengatasi penyebaran Covid-19 denganaplikasi TikTok.

HOTFM

Deen dan Haziq dari stesen radio Hot FM menunjukkan kepada anda beberapa cara kreatif untuk menyambut salam seseorang tanpa menggunakan tangan. Ia bukan sahaja menunjukkan tanda hormat, malah membantu mengelakkan anda daripada dijangkiti virus Covid-19.

 

MOHAMAD SOFYAN

Nampak seperti trik ahli silap mata. Dia membuat satu keajaiban dengan menggunakan teknik suntingan video yang begitu kreatif untuk menunjukkan langkah-langkah pencegahan Covid-19. Sekiranya anda menikmatinya betul-betul, ia pasti akan membuatkan anda terpaku pada skrin telefon selama berjam-jam!

 

FLY FM

Pendengar di slot 7 hingga 12 pagi stesen radio FLY FM menunjukkan kepada anda cara Ili Ruzanna mencuci tangan sambil wash-dance-dance-wash. Ia bukan sahaja dapat menghiburkan hati, tetapi ingin mengingatkan kepada anda supaya membersihkan tangan sepanjang masa. Kerja yang hebat, Ili!

 

WINGKEH & KEIFTH

Wingkeh dan Keifth telah mewakili Malaysia untuk TikTok All-Stars Southeast Asia 2019. Hari ini, mereka menyeru kepada anda semua supaya terus menjaga kebersihan tangan. Dengan menghasilkan selingan lagu dan tarian unik ini juga, mereka telah memaparkan kepada anda keperluan membasuh tangan dengan betul berikutan krisis virus Covid-19.

 

FAIZAL TAHIR

Faizal Tahir dan rakan-rakannya muncul bersama-sama dalam menyampaikan mesej penting iaitu cara menyambut salam dengan menggunakan telefon pintar. Ianya penuh dengan keriangan dan kemesraan!

 

ERA FM

Sebelum ini, ERA FM muncul dengan slogan “Muzik Hit Terbaik”, tetapi yang terkini adalah dengan slogan “Kebersihan Juga Terbaik”! Stesen radio ini memuatkan beberapa video berkenaan langkah pencegahan penularan virus. Pada masa sama, ia menunjukkan cara untuk menjaga kebersihan, menjauhkan diri daripada orang ramai dan memakai topeng muka di luar rumah terutama bila anda jatuh sakit.

 

Tonton juga: #KerlazzKakNida Ulang kaji cara basuh tangan.