Sains Buktikan Bella Hadid Adalah Wanita Tercantik Di Dunia

Gunakan persamaan matematik untuk mengukur wajah Bella Hadid

Supermodel terkenal, Bella Hadid telah dinobatkan sebagai wanita paling cantik di dunia dan ini telah dibuktikan oleh sains.

Bagaimana sains buktikan Bella Hadid sebagai wanita paling cantik di dunia?

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Daily Mail, model berusia 23 tahun itu telah diisytiharkan sebagai wanita paling cantik di dunia dengan menggunakan persamaan saintifik yang dipanggil sebagai Golden Ration of Beauty Phi.

Hadid didapati mempunyai ketepatan sebanyak 94.35 peratus untuk persamaan saintifik tersebut, yang mengukur kesempurnaan fizikal wajah. Tambah laporan daripada Daily Mail lagi, mata, kening, hidung, bibir, dagu, rahang dan bentuk muka Bella Hadid diukur dan ia hampir sama dengan idea kesempurnaan Yunani Kuno.

Walaupun persamaan untuk mengukur kecantikan ini kedengaran agak ketinggalan zaman, ia masih lagi digunakan sehingga ke hari ini. Berasal dari Eropah, Golden Ration of Beauty Phi ini dikatakan telah digunakan oleh seniman dan arkitek untuk membantu penciptaan karya mereka.

Sejak itu, persamaan matematik itu telah digunakan untuk menentukan kecantikan fizikal wajah seseorang.

View this post on Instagram

i love you guys 🌩💛

A post shared by 🦋 (@bellahadid) on

Sementara Hadid berada di tempat pertama, berada di belakangnya adalah Beyoncé dengan skor sebanyak 92.44 peratus diikuti oleh pelakon Amber Heard dengan skor 91.85 peratus dan penyanyi “Thank U Next” Ariana Grande berada di tempat keempat dengan  91.81 peratus.

Menurut laporan itu lagi, senarai ini disusun dengan menggunakan teknik pemetaan berkomputer oleh pakar bedah kosmetik Harley Street, Dr Julian Silva, yang terkenal dalam menggunakan teknologi ini dalam karyanya.

Menurut Dr Julian Silva yang juga ahli bedah kosmetik muka yang mengendalikan Pusat Pembedahan Kosmetik dan Pembedahan Muka di London, Bella Hadid dinobatkan sebagai pemenang apabila semua unsur wajah diukur untuk kesempurnaan fizikal. Tambahnya lagi, untuk Beyoncé, penanyi itu mendapat tempat kedua dengan mencatat markah tertinggi untuk bentuk wajahnya (99.6 peratus) dan mendapat keputusan yang tinggi untuk mata, kawasan kening dan bibirnya.

Senarai 10 wanita tercantik di dunia ini termasuk Taylor Swift (91.64 peratus), Kate Moss (91.05 peratus), Scarlett Johansson (90.91 peratus), Natalie Portman (90.51 peratus) dan Cara Delevingne (89.99 peratus)