#COVID19 : Duduk Di Rumah Lebih Mudah Dengan Aplikasi Ini

Tidak perlu risau lagi!

Sekarang sudah masuk hari ketujuh rakyat Malaysia menjalani Perintah Kawalan Pergerakan bagi membendung wabak pandemik Covid-19. Sememangnya diakui kebanyakan rakyat Malaysia risau ingin keluar mencari barangan dapur mahupun memesan makanan.

Namun dengan dua aplikasi ini, anda boleh membeli produk segar dan memesan makanan kegemaran tanpa perlu menjejakkan kaki ke luar rumah.

2 of 2

Domino Lancarkan Zero Contact Yang Pertama

Berkuatkuasa pada 21 Mac, Domino’s Pizza, akan menjalankan perkhidmatan pernghantaran tanpa sentuhan. Sebahagian penting inisiatif ini adalah semua transaksi penghantaran Domino’s akan dijalankan melalui pembayaran tanpa tunai untuk meminimumkan sentuhan.

Oleh itu, Domino’s hnya akan menerima pesanan yang dibuat menerusi aplikasi mudah alih dan laman web Domino’s.

Jadi apa yang dapat diharapkan oleh pelanggan? Semasa penghantaran, pakar penghantaran akan meletakkan pesanan pada permukaan yang selamat dan bersih yang telah ditetapkan. Dia kemudian akan langkah ke jarak sosial yang selamat iaitu sekurang-kurangnya dua meter. Pelanggan kemudiannya boleh mengambil penghantaran dan menyemak untuk memastikan pesanan diterima dalam keadaan baik. Setelah selesai, penghantar akan beransur pulang.

Pasukan pakar penghantaran dilatih untuk menurut prosedur pengendalian makanan yang ketat dan model perniagaan Domino’s telah direka sepenuhnya untuk memenuhi keperluan perniagaan penghantaran.

Perkhidmatan penghantaran dan bawa pulang “Zero Contact” Domino’s Pizza boleh disediakan selaras dengan waktu operasi yang dibenarkan di negeri masing-masing. Ruang makan di restoran tidak dibuka pada masa ini.

2 of 2