#COVID19 : Duduk Di Rumah Lebih Mudah Dengan Aplikasi Ini

Tidak perlu risau lagi!

Sekarang sudah masuk hari ketujuh rakyat Malaysia menjalani Perintah Kawalan Pergerakan bagi membendung wabak pandemik Covid-19. Sememangnya diakui kebanyakan rakyat Malaysia risau ingin keluar mencari barangan dapur mahupun memesan makanan.

Namun dengan dua aplikasi ini, anda boleh membeli produk segar dan memesan makanan kegemaran tanpa perlu menjejakkan kaki ke luar rumah.

1 of 2

Dapatkan Barangan Keperluan Dengan Grab

Untuk membantu rakyat Malaysia mendapatkan bekalan makanan yang segar tanpa perlu keluar dari rumah, Grab telah menambahkan beberapa medium untuk memastikan anda dapat mengakses kepada barang keperluan melalui platformnya.

Pelancaran Pasar: Grab telah melancarkan Pasar, yang juga lanjutan dalam GrabMart, di mana anda boleh mendapatkan hasil tempatan, daging, ayam dan makanan laut  tempatan. Pada waktu ini, Grab mulakan dengan Pasar TTDI dan berharap dapat berkembang ke lebih banyak pasar lain.

Memperluaskan GrabMart: Menjelang 25 Mac GrabMart akan tersedia di Pulau Pinang, Johor Baharu, Melaka, Kota Kinabalu, Kuching dan Ipoh. Grab berharap dapat membantu lebih banyak rakyat Malaysia dengan keperluan harian, produk kesihatan dan ubatan, sanitisers dan juga makanan ringan dan minuman.

Menawarkan diskaun untuk meningkatkan perniagaan tempatan: ‘Penghantaran Percuma’, 30 peratus dari GrabFood Signatures, dan 50 peratus dari keperluan kesihatan GrabMart. Dengan rangkaian ini, Grab berharap dapat memacu lebih banyak peluang pendapatan kepada peniaga dan rakan kongsi penghantaran. Oleh itu, setiap kali seseorang di dalam komuniti Grab membuat pesanan, anda bukan sahaja menjimatkan perbelanjaan tetapi juga menyokong dua mata pencarian lain.

Mewujudkan peluang pendapatan yang baru untuk pemandu motor: Sama seperti rangkaian penyebaran negara ditekan oleh kenaikan dalam penghantaran, kejatuhan curam dalam keperluan penunggang bermakna Grab perlu mewujudkan peluang baru untuk rakan pemandu negara Malaysia. Grab telah menggunakan puluhan ribu pemandu di seluruh negara untuk menyediakan tahap kebolehpercayaan yang tinggi untuk pelanggan Makanan, Mart dan Penghantaran Makanan.

1 of 2