[Reviu] Magical Book Bukan Sekadar Buku Cerita Biasa

Masa membaca anak anda lebih seronok dengan Magical Books.

Kanak-kanak gemar membaca buku cerita. Dengan membaca, ia dapat meningkatkan daya imaginasi daya kreativiti mereka. Kini, anak anda bukan sahaja membaca tetapi juga melakukan aktiviti interaktif dan menyeronokkan pada masa yang sama.

Memperkenalkan Magical Books – bukan sekadar buku cerita biasa. Dengan aplikasi “Hippo Magic,” selain daripada membaca, mereka juga boleh melakukan aktiviti menarik seperti mewarna dan banyak lagi.

Terdiri daripada 13 tajuk buku menarik, Magical Books kini menambah empat lagi koleksi buku Disney dan antaranya adalah Frozen. Kesemua buku berharga RM15 kecuali buku koleksi Disney dijual dengan harga RM18.

Jelita turut berpeluang  mencuba buku interaktif ini dan akan kongsikan cara menggunakannya dalam artikel ini. Sebelum menggunakan buku ini, muat turun aplikasi Hippo Magic dari App Store (iOS) atau Google Play Store (Android).

Setelah dimuat turun, buka aplikasi dan tekan butang MULA. Benarkan aplikasi tersebut untuk mengakses mikrofon dan kamera telefon pintar anda. Untuk pengguna yang baru pertama kali menggunakan aplikasi ini, anda perlu mengimbas halaman depan buku untuk muat turun tajuk buku tersebut.

Hanya muka surat dengan logo Hippo Magic yang boleh diimbas seperti yang ditunjukkan di dalam gambar ini. Muka surat yang diimbas membolehkan kanak-kanak berinteraksi dengan teknologi semasa belajar. Imbas keseluruhan buku kerana ia akan muncul dengan sempurna.

Antara fungsi yang terdapat dalam aplikasi ini adalah:

Flash- Applikasi ini tidak boleh berfungsi dengan baik dalam gelap. Jika anda berada dalam bilik yang gelap, hidupkan lampu flash di telefon pintar.

Kamera- Membenarkan pengguna mengambil gambar semasa mengimbas buku.

Video- Membenarkan pengguna membuat video semasa mengimbas buku.

Buku ini juga didatangkan dengan ciri AR yang berlainan. Sebagai contoh:

Cinderella 3D (ciri AR):-

  1. Imbas muka depan buku
  2. Mengira
  3. Mewarna
  4. Main Muzik
  5. Cari Objek Tersembunyi
  6. Swipe ke kiri atau kanan

4D Red Riding Hood (ciri AR):-

  1. Imbas muka depan buku
  2. Mewarna
  3. Cara Objek Tersembunyi
  4. Bercerita
  5. Swipe ke kiri atau kanan
  6. Main Muzik

Menariknya mengenai buku ini adalah setelah aplikasi dimuat turun dan tajuk buku diimbas, ia boleh digunakan tanpa sebarang sambungan Internet. Terdapat banyak fungsi menarik yang boleh anak anda cuba antaranya:

  • Imbas kulit depan buku- untuk memberitahu kemuncak cerita yang dipilih
  • Mewarna-warna halaman yang diimbas dengan warna kegemaran anda dan isikan ruang.
  • Cari objek- karakter buku akan meminta pengguna untuk mencari objek yang hilang.
  • Swiping– untuk bermain dan berinteraksi dengan watak buku.
  • Main Muzik- bermain instrumen atau mengadakan konsert mini.
  • Meniru Perkataan- membolehkan anak untuk belajar menulis.
  • Ketuk dan Baca untuk anak- Contohnya, ABC, baca huruf tertentu dalam satu perkataan.
  • Mengira- Kira bilangan objek yang ada dalam halaman (tekan pada skrin)
  • Bercerita.

Anda juga boleh menghubungkan aplikasi ini ke televisyen dengan menggunakan kabel HDMI atau dengan menggunakan aplikasi Google Home untuk disambungkan kepada Chromecast.

Magical Book ini mudah digunakan dan ia tidak memerlukan banyak wang mahupun masa untuk memasangnya. Namun, jika anda mengalami sebarang masalah, tidak perlu risau, cuma padamkan dan muat turun semula aplikasi tersebut. Pastikan telefon anda tidak berada dalam mod senyap atau flight ketika menggunakan aplikasi ini dan akhir sekali, pastikan anda menggunakannya di tempat yang terang.

Dapatkan Magical Book ini dengan harga promosi hebat di Jualan Buku Big Bad Wolf.

Magical Book Beli Lima Percuma Satu (Untuk Ahli Big Bad Wolf):

  1. Promosi ini sah dari 5 Disember hingga 16 Disember 2019.
  2. Promosi ini hanya sah untuk Magical Books yang berharga RM15.
  3. Promosi ini tidak termasuk tajuk dari siri Disney Mickey and Friends yang dijual dengan harga RM18.
  4. Semua pembelian adalah muktamad. Pertukaran hanya dibenarkan jika buku rosak dan dengan resit asal.
  5. Pelanggan boleh memilih lima buku dan dapatkan buku keenam secara percuma daripada tajuk Magical Book yang ada.
  6. Tersedia semasa stok masih ada.

Magical Book Beli Tujuh Percuma Satu (Untuk Bukan Ahli):

  1. Promosi ini sah dari 5 Disember hingga 16 Disember 2019.
  2. Promosi ini hanya sah untuk Magical Book yang berharga RM15.
  3. Promosi ini tidak termasuk tajuk dari siri Disney Mickey and Friends berharga RM18.
  4. Semua pembelian adalah muktamad. Pertukaran hanya dibenarkan jika buku rosak dan dengan resit asal.
  5. Pelanggan boleh memilih tujuh buku dan dapatkan buku ke lapan secara percuma dari tajuk Magical Books yang ada.
  6. Tersedia semasa stok masih ada.