Rancang Kewangan Keluarga Untuk Masa Depan Lebih Terjamin

Sediakan payung sebelum hujan

Merancang kewangan keluarga dari awal amat penting untuk memastikan masa depan anda lebih terjamin. Terutama sekali apabila anda baru sahaja mendirikan rumah tangga, bakal menimang cahaya mata di saat sukar.

Menurut Perangkaan Perkahwinan Dan Penceraian, Malaysia, 2018, jumlah perkahwinan menurun 4.9 peratus daripada 200, 274 pada tahun 2016 kepada 190, 532 pada tahun 2017. Oleh itu, kadar perkahwinan kasar (CMR) mencatatkan penurunan daripada 6.3 peratus pada tahun 2016 kepada 5.9 (2017) bagi setiap 1,00 penduduk.

Bilangan perceraian orang Islam menurun dari 3.2 peratus daripada 51, 642 tahun 2016 kepada 49, 965 pada tahun 2017. Walau bagaimanapun, kadar perceraian kasar (CDR) kekal pada 1.6 peratus bagi setiap 1,000 penduduk. Pada tahun 2017, bilangan perceraian bagi orang Islam adalah 39,709, penurunan sebanyak 3.0 peratus berbanding 41, 030 pada tahun 2016 dan CDR menurun daripada 2.1 peratus kepada  2.0 bagi setiap 1,000 penduduk.

Menurut Yang Bahagia Hannah Yeoh, masalah kewangan sering menjadi punca utama kepada masalah perceraian di Malaysia. Berdasarkan statistik yang melibatkan pasangan bukan Islam, dia berkata daripada 6, 901 kes perceraian di kalangan pasangan bukan Islam yang dicatatkan tahun lalu, sebanyak 2, 971 kes adalah kerana masalah kewangan.

Antara punca lelaki memfailkan perceraian adalah kerana perbezaan pendapat ( 56.2 peratus), isteri curang ( 11. 8 peratus) dan campur tangan mentua (10 peratus)

Bagi wanita pula, lebih kurang 38 peratus mengatakan alasan mereka bercerai adalah perbezaan pendapat, suami curang (20.5 peratus) dan pasangan tidak bertanggungjawab (15.2 peratus)

Untuk laporan khas kali ini, Jelita berkesempatan untuk menemubual peguam keluarga dan rakan kongsi Shang & Co, Dato' Fion Wong mengenai perancangan keluarga yang betul.

4 of 5

Bagaimana perancangan kewangan keluarga ini dapat membantu pasangan yang ingin berpisah, seperti membayar penyelenggaraan isteri atau anak, pinjaman atau liability kewangan lain?

Perancangan kewangan keluarga dapat membantu pasangan yang ingin berpisah dengan menjamin yang isteri dan anak-anak akan menerima penyelenggaraan sihat. Perbelanjaan anak-anak juga (seperti pendidikan, makanan, perumahan) dapat dijamin walaupun ibu bapa sudah bercerai. Dengan perancangan kewangan keluarga, pasangan yang berpisah dapat menganggar perbelanjaan masa depan mereka dengan lebih jelas. Dengan jumlah simpanan yang sihat melalui perancangan kewangan keluarga, pasangan yang berpisah tidak perlu risau tentang perbelanjaan atau pinjaman penting, bagaimanapun keadaan semasa mereka.

4 of 5