Baby Hatch, Membela Nasib Bayi Terbuang Dan Lahir Luar Nikah (Bahagian 2)

Berikan bayi ini peluang untuk menikmati kebahagiaan

Untuk menyelamatkan bayi yang terbuang ini, satu program Baby Hatch telah diperkenalkan pada tahun 2010. Baby Hatch adalah peti selamat untuk menyelamatkan bayi terbuang dan memberikan masa depan yang cerah kepada bayi ini dan turut memberikan mereka peluang untuk merasai kasih sayang daripada keluarga angkat.

Gambar: Shutterstock

Baby Hatch ini boleh didapati di hospital dan juga di Yayasan Orphancare. Ia adalah salah satu jalan penyelesaian buat wanita yang terdesak dan tidak tahu di mana tempat yang sesuai untuk meletakkan bayi mereka. Bayi yang diletakkan di dalam Baby Hatch ini akan dihantarkan ke hospital untuk memeriksa keadaan kesihatan mereka dan kemudian dihantar ke rumah anak yatim sehinggalah Yayasan Orphancare ini menemui ibu bapa angkat yang sesuai dengan bayi tersebut.

Baca juga: GUNA BABY HATCH UNTUK BANTU SELAMATKAN BAYI YANG DIBUANG

Ingin ditegaskan di sini, Jelita tidak mengalakkan sesiapa untuk membuang bayi tetapi apabila dalam keadaan buntu atau dalam keadaan terdesak, janganlah buang anak kecil di tepi jalan, dalam tong sampah, di tandas awam dan sebagainya. Jangan tambah kesalahan dengan membuang bayi yang tidak berdosa.

Sambungan daripada bahagian sebelumnya, Puan Yuzila Yusof, Ketua Pegawai Operasi Yayasan Orphancare berkongsi dengan pembaca Her Inspirasi tentang Baby Hatch dan prosesnya. 

5 of 5

Kepentingan mewujudkan kesedaran menyelamatkan nyawa bayi?

Amat penting untuk Orphancare memberikan kesedaran kepada semua kerana sekiranya perkara tidak dijangka berlaku kepada saudara anda sendiri, kenalan mahupun masyarakat di mana anda tinggal, sekiranya perkara ini berlaku, anda tahu bahawa Orphancare itu wujud, sentiasa bersedia memberikan bantuan dan tahu perkara yang sepatutnya anda lakukan.

5 of 5