Baby Hatch, Membela Nasib Bayi Terbuang Dan Lahir Luar Nikah (Bahagian 2)

Berikan bayi ini peluang untuk menikmati kebahagiaan

Untuk menyelamatkan bayi yang terbuang ini, satu program Baby Hatch telah diperkenalkan pada tahun 2010. Baby Hatch adalah peti selamat untuk menyelamatkan bayi terbuang dan memberikan masa depan yang cerah kepada bayi ini dan turut memberikan mereka peluang untuk merasai kasih sayang daripada keluarga angkat.

Gambar: Shutterstock

Baby Hatch ini boleh didapati di hospital dan juga di Yayasan Orphancare. Ia adalah salah satu jalan penyelesaian buat wanita yang terdesak dan tidak tahu di mana tempat yang sesuai untuk meletakkan bayi mereka. Bayi yang diletakkan di dalam Baby Hatch ini akan dihantarkan ke hospital untuk memeriksa keadaan kesihatan mereka dan kemudian dihantar ke rumah anak yatim sehinggalah Yayasan Orphancare ini menemui ibu bapa angkat yang sesuai dengan bayi tersebut.

Baca juga: GUNA BABY HATCH UNTUK BANTU SELAMATKAN BAYI YANG DIBUANG

Ingin ditegaskan di sini, Jelita tidak mengalakkan sesiapa untuk membuang bayi tetapi apabila dalam keadaan buntu atau dalam keadaan terdesak, janganlah buang anak kecil di tepi jalan, dalam tong sampah, di tandas awam dan sebagainya. Jangan tambah kesalahan dengan membuang bayi yang tidak berdosa.

Sambungan daripada bahagian sebelumnya, Puan Yuzila Yusof, Ketua Pegawai Operasi Yayasan Orphancare berkongsi dengan pembaca Her Inspirasi tentang Baby Hatch dan prosesnya. 

2 of 5

Proses Baby Hatch?

Keadaan bayi yang diletakkan di dalam Baby Hatch ini bermacam-macam. Ada yang tidak cukup bulan atau pramatang, ada yang tali pusat pun tidak dipotong lagi atau tali pusat sudah dipotong namun disebabkan proses bersalin yang dilakukan sendiri, tali pusat yang dipotong dengan cara tidak betul itu dipenuhi darah dan terkena jangkitan kuman. Tapi, apa yang penting, sebaik sahaja bayi itu diletakkan dalam keadaan seperti itu, perkara pertama yang akan kami lakukan ialah terus membawa bayi itu ke hospital untuk memastikan bayi itu dalam keadaan yang sihat dan dapat diselamatkan segera. Jadi bayangkan jika bayi dalam keadaan yang tidak berapa cantik seperti ini diletakkan di luar sana dan dijumpai selepas tiga atau empat jam, kemungkinan bayi itu tidak akan selamat. Jadi, amat penting untuk meletakkan bayi di dalam Baby Hatch agar keselamatan bayi itu akan terjamin.

2 of 5