Baby Hatch, Membela Nasib Bayi Terbuang Dan Lahir Luar Nikah (Bahagian 2)

Berikan bayi ini peluang untuk menikmati kebahagiaan

Untuk menyelamatkan bayi yang terbuang ini, satu program Baby Hatch telah diperkenalkan pada tahun 2010. Baby Hatch adalah peti selamat untuk menyelamatkan bayi terbuang dan memberikan masa depan yang cerah kepada bayi ini dan turut memberikan mereka peluang untuk merasai kasih sayang daripada keluarga angkat.

Gambar: Shutterstock

Baby Hatch ini boleh didapati di hospital dan juga di Yayasan Orphancare. Ia adalah salah satu jalan penyelesaian buat wanita yang terdesak dan tidak tahu di mana tempat yang sesuai untuk meletakkan bayi mereka. Bayi yang diletakkan di dalam Baby Hatch ini akan dihantarkan ke hospital untuk memeriksa keadaan kesihatan mereka dan kemudian dihantar ke rumah anak yatim sehinggalah Yayasan Orphancare ini menemui ibu bapa angkat yang sesuai dengan bayi tersebut.

Baca juga: GUNA BABY HATCH UNTUK BANTU SELAMATKAN BAYI YANG DIBUANG

Ingin ditegaskan di sini, Jelita tidak mengalakkan sesiapa untuk membuang bayi tetapi apabila dalam keadaan buntu atau dalam keadaan terdesak, janganlah buang anak kecil di tepi jalan, dalam tong sampah, di tandas awam dan sebagainya. Jangan tambah kesalahan dengan membuang bayi yang tidak berdosa.

Sambungan daripada bahagian sebelumnya, Puan Yuzila Yusof, Ketua Pegawai Operasi Yayasan Orphancare berkongsi dengan pembaca Her Inspirasi tentang Baby Hatch dan prosesnya. 

1 of 5

Apakah sebenarnya Baby Hatch ini?

Baby Hatch adalah sebuah kotak pelindung bayi. Di dalamnya terdapat katil, penghawa dingin, lampu dan sistem penggera di mana sekiranya bayi diletakkan di dalam Baby Hatch ini, berat bayi ini akan membunyikan sistem penggera dan secara automatik, penghawa dingin dan lampu akan terpasang. Seluruh isi rumah akan berbunyi dan caregiver yang bertugas 24 jam akan memeriksa dengan segera dan memastikan bayi ini akan dibawa ke proses seterusnya untuk menyelamatkan bayi tersebut.

1 of 5