Rakyat Malaysia Degil, Tentera Turun Padang Bantu PDRM Bermula Ahad Ini

Syabas ATM dan PDRM!

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan mula dikerahkan Ahad ini bagi membantu pihak polis dan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan.

Tentera Malaysia

Menurut Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, meskipun anggota ATM digerakkan untuk turun padang namun ia bukanlah satu situasi darurat di negara ini.

Tambahnya lagi, polis telah melaporkan terdapat peningkatan pematuhan arahan daripada rakyat Malaysia dan pihaknya berharap akan ada lebih banyak peningkatan apabila tentera digerakkan kelak.

“Namun, terdapat kes individu yang masih tidak mengendahkan arahan tersebut, buat masa ini hanya nasihat dan tindakan berhemah dilakukan.”- Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Astro Awani.

Oleh itu, Jelita ingin menasihatkan semua rakyat Malaysia agar untuk duduk di rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini dan hanya keluar untuk membeli barangan keperluan atau jika terdapat urusan penting.

Ini semua demi kebaikan anda juga.