#COVID19 : Perintah Kawalan Pergerakan Dilanjutkan Sehingga 14 April 2020

Ingat untuk duduk di rumah!

Berikutan kes jangkitan Covid-19 yang semakin meningkat, kerajaan telah mengambil langkah untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 14 April ini.

Perintah Kawalan Pergerakan

Menurut Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, perkara itu dimaklumkan lebih awal kepada orang ramai untuk memberi ruang kepada rakyat agar lebih bersedia menempuh tempoh lanjutan selama dua minggu itu.

Tambahnya lagi, dia sudah diberikan taklimat oleh Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara mengenai kes positif Covid-19 yang baharu masih berlaku. Pola ini dijangka akan berterusan untuk beberapa ketika sebelum kes baharu mula menurun. Dan ini adalah faktor utama untuk kerajaan meneruskan PKP bagi dua minggu lagi.

Jadi, Jelita nasihatkan kepada semua agar berada di dalam rumah dan hanya keluar apabilia perlu sahaja. Elakkan perjumpaan besar-besaran. Ini semua demi kesihatan anda dan keluarga.

Sumber Gambar: Twitter