Pentingnya Menjaga Jenama Diri di Media Sosial

Power Breakfast Jelita X Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan kupas topik itu.

Kini, tanpa mengira usia dan latar belakang, ramai memiliki akaun sosial media untuk berkongsi pandangan peribadi mahupun menjadi jurnal kisah peribadi.

Setiap yang dikongsi pastinya ada sebab tersendiri dan mungkin ramai kurang sedari yang ia turut melempias kepada peribadi anda sendiri. Justeru, Jelita yang menyedari betapa pentingnya laman media sosial hari ini kepada pembaca dan pengikutnya, telah menganjurkan Power Breakfast dengan kerjasama Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan (PPZWP) bagi berbual lanjut mengenainya.

Tanggal 12 Disember lalu menyaksikan hadirnya tetamu penting seperti Ahmad Syukri Yusoff, Ketua Pegawai Eksekutif PPZWP, Business Shuhada Alauddin Energy Coach dan Fazrena Aziz, usahawan dan pemilik TudungPeople untuk berbual mengenai topik Kepentingan Penjenamaan Diri Di Media Sosial. Moderator sesi sembang santai berkenaan adalah Fara Fauzana yang terkenal sebagai pengacara.

Selain itu, tetamu yang terdiri daripada usahawan terkenal seperti Nurul Zulkifli, pemilik MimpiKita, Dahlia Nadirah pemilik Solek, Ramona Zam Zam, Imelda Ahmad, selebriti chef juga Suraya Sharifuddin, pemilik Maslea menceriakan acara pagi berkenaan.

Lokasi indah ditaja Le Meridien menyaksikan ruang bual bicara tampak lebih memukau apatah lagi dihidangkan dengan menu sarapan yang lazat dan menggiurkan.

Sesi berkenaan dimulakan dengan ucapan daripada Anida Salwani, Editor Jelita disusuli dengan sesi menjamu selera. Kemudian, sesi bual biacara Power Breakfast dimulakan Fara.

Antara yang menarik perhatian adalah cara menaikkan tenaga juga aura warna di laman sosial oleh Shuhada. Manakala Fazrena berkongsi pengalaman mengendalikan dua sosial media. Satu adalah peribadi dan satu semata untuk TudungPeople.

Tuan Haji Syukri pula berkongsi tentang kepentingan menjelaskan zakat terutama jika peniaga atau influencer meraih pendapatan walaupun menerusi laman media sosial. Malah, dia turut menjelaskan jika bayaran diterima dalam bentuk produk, ia tidak perlu dizakatkan. “Tetapi jika ia dijual dan menghasilkan pendapatan pada tuannya, sebaiknya berzakatlah,” katanya.

Sesi Power Breakfast selama kira-kira tiga jam itu diakhiri dengan sesi soal jawab serta bergambar kenangan.

 

Editor Jelita, Anida (tiga dari kiri) bersama barisan panel. Dari kiri, Fara Fauzana, Fazrena Aziz, Shuhada Alauddin dan Syukri Yusof.

Tetamu yang hadir ke acara Power Breakfast Jelita X PPXWP

Team PPZWP bergambar kenangan dengan Ramona Zam Zam.

Bingkisan yang dibawa pulang tetamu.

Suasana di Le Meridien sebelum bermulanya acara Power Breakfast.

Suasana di Le Meridien sebelum bermulanya acara Power Breakfast.

Chef Imelda Harris hadir menyerikan acara.

Fazrena sewaktu santapan pagi.

Antara menu sarapan.

Ucapan Editor Jelita, Anida.

Networking adalah antara tujuan acara ini.

Fazrena berkongsi pengalaman di pentas.

Shuhada memberi tip membawa tenaga positif di laman media sosial.

Syukri Yusoff pula berkongsi mengenai bayaran zakat pendapatan.

Sebelum acara bermula, sesi ice breaking bersama ahli panel dan tetamu khas.

Sesi sembang santai sedang berlangsung.

Syukri menjawab soalan tetamu.

Sarapan yang amat menyelerakan.

Fara Fauzana menceriakan suasana sewaktu bual bicara.

Power Breakfast Jelita x PPXWP.

(dari kiri) Dahlia Nadirah, Nurul Zulkifli dan Anida Salwani.