Pengalaman Umrah Didiyana Ehsan Buat Anda Mahu Ke Tanah Suci Sekarang!

Dia berkongsi tip masuk Raudhah dan banyak lagi.

Bila mendapat ‘jemputan’ untuk mengerjakan umrah terutamanya buat kali pertama, perasaannya terlalu mengujakan dan sukar digambarkan dengan kata-kata.

Sukar hendak menjangkakan apa yang bakal dilalui sepanjang di Tanah Suci Makkah dan Madinah, tetapi itulah tugas anda. Perlu mencari ilmu dan membaca panduan. Menggunakan pengalaman orang lain juga satu bentuk penyerapan ilmu yang baik.

Baru-baru ini, Didiyana Ehsan, penata gaya hijab selebriti berpeluang menyempurnakan umrah bersama suaminya, Nabil serta ahli keluarga paling rapat. Perjalanan bermula 7 Januari 2020 selama 10 hari menggunakan khidmat Andalusia dan sepanjang tempoh itu, Didiyana yang mesra disapa Didi gemar berkongsi pengalamannya di sana menerusi Instagram.

Apa yang menarik, persiapan mental dan fizikal dilakukan wanita anak seorang ini bermula sangat awal. Antara yang diamalkan Didi termasuk rajin ke gimnasium dan bersenam untuk meningkatkan kecergasan diri agar tidak ‘pancit’ bila berada di Tanah Suci. Sedia maklum, ini bukan percutian santai yang biasa-biasa tetapi adalah peluang anda untuk memberi fokus sepenuhnya kepada ibadah. Tidak salah jika Jelita sendiri menggelarkan setiap pengalaman umrah sebagai Pesta Ibadah yang paling dinantikan setiap umat Islam.

Malah, ia persiapan terunggul untuk mereka yang berniat dan bakal mengerjakan Haji, jika mendapat peluang dan izinNya.

Menerusi Instagram Story, Didi berkongsi pengalaman lengkap sepanjang dia berada di Madinah kemudian ke Makkah. Antara yang menarik perhatian adalah cara dia memakan ubat penahan haid supaya dapat menyempurnakan ibadah di kedua-dua Tanah Haram.

TIP MASUK RAUDHATUL JANNAH

Selain itu, Didi berkongsi tip berdasarkan pengalamannya untuk memasuki Raudhah. Antara petikan menarik:

“Bila dapat masuk, terus ke sebelah kiri dan ke depan. Sebab kalau ke kanan, ada possibility untuk ditolak ke exit, sebab exit di sebelah kanan. So pergi ke arah kiri, lebih selamat. Kalau boleh, try dapatkan solat depan sekali. Sebab situ lebih selamat daripada kena pijak dan dilangkah orang. And trust me, bila solat kat situ, lain sangat perasaan kita. Sebak, sedih, happy, semualah.”

TEMPAT-TEMPAT MUSTAJAB DOA DI MAKKAH

Sempat juga Didi bercerita pengalaman berdoa di Makam Nabi Ibrahim juga masuk ke Hijir Ismail.

“Walaupun tidak dapat solat time tu kerana terlalu ramai orang. Tapi first time dapat sentuh Kaabah & cium Kaabah. Allahu. Nangis sepanjang masa. Masa tu doa, minta ampun pada Allah atas dosa yang sangat banyak, mohon taubat diterima.”

Dia juga dapat ke Rukun Yamani, berdoa banyak sewaktu cubaan ke Multazam. Usai ke lokasi-lokasi ini, memang disarankan anda melakukan sujud syukur kerana berpeluang meraih pengalaman indah berkenaan.

Ikuti nukilan yang dikongsikan Didi menerusi InstaStorynya di bawah ini.

Foto dikirim Didiyana Ehsan khas buat Jelita.

 

Berpeluang menyempurnakan Umrah bersama suami tercint

Didi dan Nabil.

Didi dan Nabil sewaktu di perkarangan Masjid Nabawi, Madinah.

Perkongsian Didi di InstaStory.

Perkongsian Didi di InstaStory.

Perkongsian Didi di InstaStory.

Perkongsian Didi di InstaStory.

Perkongsian Didi di InstaStory.

Perkongsian Didi di InstaStory.

Perkongsian Didi di InstaStory.

Perkongsian Didi di InstaStory.

Perkongsian Didi di InstaStory.

Perkongsian Didi di InstaStory.

Perkongsian Didi di InstaStory.

Perkongsian Didi di InstaStory.

Perkongsian Didi di InstaStory.

Perkongsian Didi di InstaStory.

Perkongsian Didi di InstaStory.

Perkongsian Didi di InstaStory.

Perkongsian Didi di InstaStory.

Perkongsian Didi di InstaStory.

Perkongsian Didi di InstaStory.

Perkongsian Didi di InstaStory.

Perkongsian Didi di InstaStory.

Perkongsian Didi di InstaStory.