Panduan Ke Majlis Kenduri Ketika Wabak Covid-19

Silaturrahim dijaga tetapi dengan penuh waspada.

Perancangan kenduri mungkin sudah dibuat tuan rumah lebih setahun dulu.

Imej: DepositPhotos

Manakan tahu wabak Covid-19 belum reda malah angka jangkitan makin meningkat, hinggakan banyak acara membabitkan ramai orang terpaksa ditunda malah ada dibatalkan.

Lantas, Noraziah Noraziah M Zin, Pensyarah Mikrobiologi Perubatan, Program Sains Bioperubatan Fakulti Sains Kesihatan UKM berkongsi tip berikut.

Tip dikongsikan menerusi Whatsapp ini boleh dijadikan panduan buat yang bakal menghadiri kenduri kahwin cuti sekolah ini.

“Untuk sebuah silaturrahim, untuk meraikan majlis, tuan rumah dan bakal pengantin (sekali seumur hidup), saya berpandangan, sekiranya kita sihat dan tiada simptom batuk atau selesema, boleh hadir dengan beberapa langkah seperti berikut,” katanya:

1. Seeloknya hadir hanya bersama pasangan, tidak membawa bersama anak (di bawah usia 12 tahun) kerana mereka berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan disebabkan sistem imun badan yang masih rendah.

2. Elakkan waktu puncak, mungkin awal waktu dan lewat waktu lebih sesuai.

3. Hadkan tempoh, tidak perlu berbual panjang.

4. Teknik salaman dengan meletakkan tangan di dada lebih selamat.

5. Elakkan duduk semeja dengan tetamu yang memakai topeng keselamatan dan kelihatan tidak sihat.

6. Tuan rumah menyediakan hand sanitizer dalam bentuk spray.

7. Mungkin boleh diletakkan tabung berkunci di meja bahagian pintu utama bagi menggantikan salam “kaut”.

“Perlu diingat virus ini tidak disebarkan melalui makanan. Jadi insyaAllah selamat untuk makan di kenduri,” katanya.

 

Baca juga: Ujian persampelan Covid-19 di rumah.