Nikmati 9 Tayangan Terbaru Ini Menerusi Saluran Netflix

Anda pasti tidak akan bosan lagi!

Sepanjang Ramadan dan Hari Raya ini, Netflix akan menayangkan sebilangan tajuk baru mulai 23 April hingga 29 Mei 2020.

Memandangkan tahun ini anda menyambut Ramadan dan Hari Raya dalam keadaan Perintah Kawalan Pergerakan (#PKP), maka dengan adanya tayangan ini, ia dapat membantu anda meredakan kekecewaan yang dialami, mengelakkan kesunyian yang janggal.

Dari kegemaran tempatan hingga tayangan Korea dan Hollywood yang paling hangat ini, temui juga siri tayangan kegemaran anda untuk dikongsikan bersama orang tersayang.

Justeru, mari lihat tayangan apa yang bakal menemani anda sepanjang bulan Ramadan dan Hari Raya nanti.

1 of 10

23 April: Time To Hunt

Arahan Yoon Sung-hyun, dan dibintangi oleh beberapa pelakon terkenal, termasuklah Lee Je-hoon dan Park Jeong-min, yang membintangi Bleak Night pada 2011, kemudian Ahn Jae-hong, Choi Woo-shik dan juga Taman Hae-soo.

Time to Hunt menceritakan kisah kehidupan masa depan, di mana kebanyakan orang dilanda kemiskinan, krisis ekonomi, dan demonstrasi di mana-mana. Bosan dengan kehidupan seperti itu, Joon-seok (Lee Je-hoon) bermimpi dan mahu meninggalkan bandar untuk memulakan kehidupan baru.

Dia merancang pencurian besar-besaran dan meminta pertolongan tiga orang rakannya, iaitu Ki-hoon (Choi Woo-shik), Jang-ho (Ahn Jae-hong), dan Sang-soo (Park Jung-min).

1 of 10