Mulakan Pagi Anda Dengan 5 Perkara Ini

Badan akan rasa lebih bertenaga!

Kebanyakan aktiviti pagi setiap orang adalah sama, tetapi apa kata anda cuba tambahkan sesuatu yang baru untuk permulaan hari yang lebih baik.

Berikut adalah lima perkara yang boleh anda tambah ke dalam rutin pagi anda.

Urut Telinga

Mengurut telinga boleh membantu anda bangun sepenuhnya. Urutan ini boleh dilakukan pada waktu pagi semasa berbaring di atas katil. Mengaplikasikan rangsangan ke bahagian sensitif telinga boleh memberikan kesan positif pada diri anda.

Minum Segelas Air Suam Dengan Lemon

Terdapat banyak sebab mengapa anda perlu menukar kopi dengan segelas air suam pada waktu pagi. Ia membantu meningkatkan fungsi sistem pencernaan, buah pinggang dan usus. Ia juga dapat mengeluarkan toksin dari badan dan menguatkan imuniti. Tidak perlu memerah jus daripada keseluruhan lemon, satu perempat sudah cukup. Lebih elok jika anda minum 20 hingga 30 minit sebelum bersarapan.

Bersihkan Lidah

Selain memberus gigi dua kali sehari, jangan lupa bersihkan lidah kerana sebahagian besar bakteria berkumpul di situ dan ini akan menyebabkan mulut berbau. Selain itu, ia juga akan menyebabkan plak, kerosakan gigi dan masalah dengan gusi. Gunakan berus gigi untuk bersihkan lidah cuma pastikan anda tidak memberusnya terlalu kuat untuk elakkan kerosakan pada permukaan lidah.

Makan Sesudu Madu

Madu dapat memberikan tenaga, merangsang memori dan produktiviti, menyembuhkan batuk dan mengurangkan simptom alergi. Oleh itu, mulakan hari anda dengan satu sudu teh madu. Ia haruslah madu segar dan semula jadi dan anda harus ambil 10 hingga 15 minit sebelum sarapan pagi. Jika terlalu manis, anda boleh larutkannya dalam segelas air.

Cuci Mulut Dengan Larutan Hidrogen Peroksida

Tamatkan rutin pagi dengan mencuci mulut dengan larutan hidrogen peroksida. Tiada apa yang berbahaya tentang larutan ini jika anda bancuh dengan nisbah yang betul: Lima hingga tujuh titis daripada 30 peratus larutan tersebut untuk 50ml air. Pastikan anda tambah larutan ke dalam air, bukan sebaliknya. Cara ini dapat membantu memutihkan gigi, menghilangkan nafas berbau dan menyembuhkan serta melindungi gusi anda.

Sumber Gambar: Depositphotos