McDonald’s Sedang Mencari Guru Paling Berinspirasi Di Malaysia

Mari calonkan guru kesayangan anda!

Anugerah Guru Inspirasi (AGI) oleh McDonald’s Malaysia kembali lagi untuk tahun keempat berturut-turut dan membuka pencalonan dari seluruh negara mulai hari ini hingga 30 Mac 2020.

Menjelang sambutan Hari Guru Kebangsaan pada 16 Mei 2020, AGI memberi rakyat Malaysia peluang untuk mencalonkan dan menghebahkan kehebatan guru mereka yang penuh inspirasi kerana telah melaksanakan tanggungjawab melangkaui bidang tugas mereka di dalam kelas. Anugerah ini akan diberikan kepada 25 orang guru paling berinspirasi. Setiap penerima anugerah dan meraih hadiah wang tunai bernilai RM5,000, trofi, kain selempang dan sijil penghargaan dalam majlis yang dianjurkan oleh sekolah masing-masing sempena sambutan Hari Guru. Bagi mereka yang mencalonkan guru tersebut akan menerima baucar hadiah McDonald’s bernilai RM200.

Mula diperkenalkan pada tahun 2017, AGI ini telah menerima sambutan yang sangat menggalakkan dengan lebih 1,150 pencalonan dan seramai 56 orang guru telah menerima anugerah ini. Anugerah ini adalah inisiatif McDonald’s di bawah program #McDSayangCikgu demi menghargai dan meraikan warga pendidik yang mencetuskan inspirasi dan gigih berusaha melebihi tugas hakiki mereka demi mendidik para pelajar. Justeru, McDonald’s ingin meraikan wira tidak didendang ini yang telah mendidik generasi pelajar secara akademik dan kreatif.

Calonkan guru kesayangan anda dalam tiga langkah mudah dan jadikan Hari Guru kali ini hari yang lebih bermakna buat mereka.

Antara kriteria bagi pemilihan pemenang termasuklah usaha mereka meningkatkan pencapaian akademik pelajar, teknik pengajaran yang inovatif dan di luar kotak, dedikasi yang melebihi tugas hakiki dan penghasilan impak positif yang berkekalan ke atas pelajar.

Selain meraikan para guru, McDonald’s juga sangat komited dalam usaha penglibatan komuniti dan menuymbang semula kepada masyarakat menerusi beberapa program yang berlangsung sepanjang tahun.