Malaysia Arah Perintah Kawalan Pergerakan, Ini Yang Anda Boleh Buat Di Rumah

Tiada lagi rasa bosan!

Semalam, negara dikejutkan dengan dua berita kematian pesakit positif Covid-19. Pada Isnin lalu, kerajaan telah mengumumkan perintah Kawalan Pergerakan bermula pada 18 Mac sehingga 31 Mac 2020 untuk membendung penularan wabak ini.

Sepanjang perintah ini dijalankan, anda digalakkan untuk berada di dalam rumah dan hanya keluar apabila punya urusan yang sangat penting. Jangan risau, di sini Jelita kongsikan perkara yang boleh anda lakukan di rumah bersama keluarga sepanjang perintah kawalan pergerakan ini berlangsung.

  1. Khatam Al-Quran.
  2. Tiada alasan untuk melewatkan solat. Belajar solat awal waktu dan ajak keluarga berjemaah.
  3. Ini juga peluang keemasan untuk eratkan hubungan bersama pasangan mahupun bersama keluarga.
  4. Ada banyak drama Korea baru yang boleh anda layan di Netflix. Jelita sarankan drama Itaewon Class.
  5. Bagi anda yang gemar membaca, inilah masanya untuk habiskan sesi bacaan buku kegemaran anda.
  6. Terperap di dalam rumah bukan alasan untuk tidak bersenam. Ada banyak aktiviti indoor yang boleh anda buat contohnya angkat berat.
  7. Kemas, kemas dan kemas! Ambil peluang ini untuk mengemas rumah terutama sekali almari pakaian anda. Mungkin boleh juga ubah suai susun atur kediaman.
  8. Serlahkan bakat memasak anda dengan mencuba resipi baru. Keluarga pasti akan sukakannya.
  9. Tidak salah kalau berkebun di depan rumah. Yang penting, aktiviti ini juga dapat membantu anda keluarkan peluh daripada badan.
  10. Bila dah cuti ini, tiada alasan lagi untuk tidak mendapatkan tidur yang secukupnya.
  11. Selain itu, anda juga boleh menghasilkan kraftangan yang menarik menggunakan bahan yang ada di dalam rumah. Mana tahu, ia boleh menjana pendapatan.
  12. Anda juga boleh belajar main alat muzik. Layari YouTube untuk belajar sendiri alat muzik di rumah.

Sumber Gambar: Depositphotos