Makan Bawang Putih Panggang Setiap Hari Untuk Kesihatan Tubuh

Tiada Lagi Rasa Lesu?

Pepatah Inggeris ada mengatakan ‘an apple a day, keeps the doctor away’. Mungkin anda perlu mencuba pula makan roasted garlic atau bawang putih panggang setiap hari. Mengikut kajian, walaupun ia membuatkan nafas anda berbau kurang enak, tetapi khasiatnya sangat bagus untuk kesihatan tubuh.

Menurut kajian daripada the Journal of The American Medical Association, anda akan dapat merasakan perubahan positif pada tubuh selepas 24 jam makan bawang putih panggang. Bawang putih telah lama digunakan sabagai makanan kesihatan sejak dahulu.

Kajian juga mendapati individu yang makan bawang putih berjaya mengurangkan jangkitan demam dan selesema sebanyak 70%. Ia juga dikatakan dapat mengurangkan tekanan darah, kaya dengan anti oksidan yang mengurangkan risiko menghidap penyakit Alzheimer.

Bawang putih juga dilaporkan mengawal kolestrol badan, membersihkan saluran arteri sekaligus mengurangkan risiko masalah jantung. Ia juga menguatkan sistem imunisasi dan membersihkan toksin dalam tubuh. Oleh kerana ia memanaskan tubuh, bawang putih juga dikatakan melancarkan darah sekaligus membuatkan anda bertenaga serta kurang lesu. Selain daripada bagus untuk kesihatan tulang dan otot, ia juga memanjangkan jangka hayat sel tubuh.

Bagaimana untuk menikmati bawang putih panggang? Caranya mudah sahaja, hanya ambil satu labu bawang putih dan potong dibahagian bawahnya. Kemudian kupas lapisan kulit luar dan panggang ia dalam ketuhar dengan suhu 175c selama 15 minit atau sehingga lembut. Anda juga boleh mengoles minyak zaitun dan tabur sedikit garam serta lada hitam sebagai perasa tambahan. Makan bawang putih panggang sebanyak 6 ulas setiap hari pada waktu pagi. Selamat mencuba.

Artikel asal: en.newsner.com
Foto: despositphotos.com