Kesan Penggunaan Gajet Ke Atas Mata Kanak-Kanak

Mencegah Lebih Baik Daripada Mengubati!

Sewaktu musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini pasti anak anda lebih terdedah dengan penggunaan gajet setiap hari. Apatah lagi apabila sesi pembelajaran juga dijalankan melalui dalam talian. Itu belum dikira penggunaan gajet untuk bermain permainan atas talian, menonton video dan sebagainya. Pantau dan hadkan waktu penggunaan gajet anak anda! Ambil tahu antara kesan penggunaan gajet ke atas mata kanak-kanak:

jelita-anak-kecil-rabun-mata

1. Mata Kering

Kedudukan kanak-kanak yang tidak sesuai semasa menggunakan alat peranti akan menyebabkan masalah mata kering, mata penat dan kesakitan di bahu dan leher.

2. Penglihatan kabur

Penurunan tahap penglihatan yang teruk akan menyebabkan sakit kepala dan penglihatan berganda.

3. Peningkatan Myopia (rabun jauh)

Penggunaan gajet juga akan menyebabkan regangan bebola mata apabila proses akomodasi berlaku pada masa yang sama.

4. Kerosakan saraf

Akibat daripada pendedahan terhadap cahaya biru dari skrin paparan gajet. Jika sinar UV dapat ditapis oleh kornea dan kanta kristalin dalam mata cahaya biru berupaya menembusi sehingga ke peringkat saraf mata.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Lihat juga: Pastikan Anak Selamat Ketika Melayari Internet Dengan Tip Ini