Kepentingan Suhu Air Untuk Kulit Yang Lebih Sihat

Adakah mandi air panas itu detoks?

Kulit yang berseri tidak hanya memerlukan penjagaan yang rapi. Suhu air juga sangat penting dalam memastikan kulit sentiasa sihat dan berseri.

Dr Felix Yap Boon Bin, Dermatologist dari Sunway Medical Centre bersama Encik Tan Kwang Hui, Pengarah Jualan Wilayah Bosch Thermotechnology Daerah SEA dan SAARC membincangkan kepentingan suhu air mandi untuk kulit anda.

6 of 6

Tan Kwang Hui, Pengarah Jualan Wilayah Bosch Thermotechnology Daerah SEA dan SAARC

Suhu air adalah berbeza bergantung kepada individu. Sebagai pengeluar pemanas air, inovasi apa yang ada untuk menampung keluarga yang mempunyai keperluan yang berbeza untuk kulit?

Di Bosch Thermotechnology, kami komited untuk menyelidik dan membangunkan penyelesaian pemanasan terbaik untukĀ  pelanggan dari bayi hingga ke generasi yang lebih tua. Penemuan penyelidikan kami juga seiring dengan pemahaman bahawa keluarga pengguna akan mempunyai keperlua pemanasan air yang berlainan. Oleh itu, inovasi pemanas air kami juga mencerminkan keperluan asas manusia. Kami telah memperkenalkan fungsi ingatan pra-set dalam model pemanas air Bosch Tronic 8000 S supaya tetapan suhu dapat diprogramkan sehingga tiga ahli dalam rumah.

Di samping itu, jika mempunyai suhu air yang ditetapkan pada siang hari tidak sesuai, penetapan juga boleh dikonfigurasikan untuk disesuaikan dengan waktu siang. Sebagai contoh, suhu yang sederhana untuk pagi apabila seseorang perlu rasa segar untuk bekerja dan pada waktu petang apabila suhu alam sekitar lebih tinggi, atau pada waktu malam, apabila seseorang mahu berehat pada akhir hari yang sibuk, suhu air boleh ditetapkan sedikit lebih tinggi untuk mendapatkan ketenangan.

Untuk Bosch Tronic 3000 S dan 6000 S di mana fungsi memori pra-set tidak tersedia, ada skrin LED digital yang memaparkan suhu air dan kawalan yang membolehkan anda menyesuaikan suhu dengan hanya memutarkan tombol intuitif pemanas.

6 of 6