Kepentingan Suhu Air Untuk Kulit Yang Lebih Sihat

Adakah mandi air panas itu detoks?

Kulit yang berseri tidak hanya memerlukan penjagaan yang rapi. Suhu air juga sangat penting dalam memastikan kulit sentiasa sihat dan berseri.

Dr Felix Yap Boon Bin, Dermatologist dari Sunway Medical Centre bersama Encik Tan Kwang Hui, Pengarah Jualan Wilayah Bosch Thermotechnology Daerah SEA dan SAARC membincangkan kepentingan suhu air mandi untuk kulit anda.

5 of 6

Bolehkah berikan beberapa tip tentang cara terbaik untuk mandi agar dapat mengekalkan kulit yang sihat?

Saranan saya adalah untuk mandi dengan air suam. Ia penting untuk mengetahui keadaan dan jenis kulit supaya anda dapat mengambil langkah pencegahan untuk menjaga kulit anda. Kedua, jadikan masa mandi antara lima hingga 10 minit untuk mengehadkan kehilangan air transepidermal dan pengeringan kulit dan gunakan sabun atau pengganti sabun untuk mengelakkan kulit kering. Elakkan daripada menggosok badan ketika mengeringkan badan untuk mengelakkan koyakan mikro pada kulit. Akhir sekali, sentiasa lembapkan segera kulit setelah mengeringkan badan.

5 of 6