Kepentingan Suhu Air Untuk Kulit Yang Lebih Sihat

Adakah mandi air panas itu detoks?

Kulit yang berseri tidak hanya memerlukan penjagaan yang rapi. Suhu air juga sangat penting dalam memastikan kulit sentiasa sihat dan berseri.

Dr Felix Yap Boon Bin, Dermatologist dari Sunway Medical Centre bersama Encik Tan Kwang Hui, Pengarah Jualan Wilayah Bosch Thermotechnology Daerah SEA dan SAARC membincangkan kepentingan suhu air mandi untuk kulit anda.

3 of 6

Apakah perberbezaan antara suhu air yang sesuai untuk orang dewasa, kanak-kanak dan bayi?

Bayi dan kanak-kanak mempunyai kawasan nisbah permukaan badan kepada jisim yang lebih tinggi berbanding dengan orang dewasa. Ini bermakna bahawa mereka mempunyai lebih banyak liang pori untuk setiap inci badan yang menjadikan kanak-kanak dan bayi lebih mudah terdedah kepada kehilangan air transepidermal berbanding dengan orang dewasa.

Bayi tidak dapat mengawal suhu badan mereka yang dipengaruhi oleh faktor luaran seperti persekitaran yang sejuk dan suhu air rendah. Oleh itu, sebaiknya anda mandikan bayi menggunakan air yang sedikit panas untuk mencegah penurunan suhu teras badan. Ini harus segera diikuti dengan mengeringkan bayi dan menyapukan pelembap. Begitu juga dengan kanak-kanak, suhu air perlu sedikit panas. Orang dewasa biasanya tidak punya masalah seperti itu dan boleh menahan hampir semua suhu air, bergantung kepada keadaan kulit dan kesihatan mereka.

3 of 6