Kepentingan Suhu Air Untuk Kulit Yang Lebih Sihat

Adakah mandi air panas itu detoks?

Kulit yang berseri tidak hanya memerlukan penjagaan yang rapi. Suhu air juga sangat penting dalam memastikan kulit sentiasa sihat dan berseri.

Dr Felix Yap Boon Bin, Dermatologist dari Sunway Medical Centre bersama Encik Tan Kwang Hui, Pengarah Jualan Wilayah Bosch Thermotechnology Daerah SEA dan SAARC membincangkan kepentingan suhu air mandi untuk kulit anda.

2 of 6

Wujudkah suhu mandian yang ideal untuk mengekalkan kulit yang sihat dan berseri?

Mandi adalah satu cara untuk mendapatkan dan mengekalkan tahap kebersihan diri yang baik.

Tiada suhu yang sesuai untuk semua orang. Suhu air yang sesuai berbeza untuk setiap individu, bergantung kepada nisbah permukaan badan kepada jisim setiap orang dan keadaan kulit itu sendiri.

Secara teori, tubuh akan menjadi sejuk dengan berpeluh pada kadar tertentu dengan kawasan kulitnya tetapi memanaskan secara berkadar mengikut jisim tubuh. Mereka yang memiliki tubuh kecil akan sejuk dengan lebih cepat berbanding mereka yang bertubuh besar. Akibatnya, kadar haba dan kehilangan air individu yang lebih kecil adalah lebih tinggi daripada seseorang yang lebih besar. Oleh itu, suhu air yang ideal berbeza setiap orang.

2 of 6