Kemelut Keluarga Diraja Thailand, Kenali Dua Wanita Yang Terlibat

Gundik Diraja Thailand dilucutkan jawatan kerana sabotaj Pemaisuri Thailand?

Pada 21 Oktober 2019 bersamaan dengan hari Isnin lalu, rakyat Thailand dikejutkan dengan pengumuman yang dibuat oleh Royal Gazette. Pengumuman itu dibuat untuk memberitahu mengenai pelucutan jawatan Gundik Diraja atau Royal Noble Consort kepada Raja Thailand, Maha Vajilongkorn iaitu Puan Sineenat Wongvajirapakdi.

Puan Sineenat, bekas jururawat berusia 34 tahun itu telah dianugerahkan dengan gelaran Royal Noble Consort atau Gundik Diraja pada majlis ulang tahun kelahiran Raja Thailand pada Julai lalu. Gelaran itu sudah satu abad tidak digunakan setelah raja Thailand yang baru menerima monogami. Dia adalah Gundik Diraja kedua dalam sejarah Thailand.

Pelantikannya dibuat selepas Raja Thailand itu berkahwin dengan seorang bekas atendan dan juga timbalan ketua pasukan pengawal peribadi Raja Thailand iaitu Puan Suthida Tidjai, 41, dan turut melantiknya sebagai Pemaisuri Thailand beberapa hari sebelum penobatan Raja Thailand pada bulan Mei.

Pada akhir bulan Ogos yang lalu, biografi rasmi dan gambar Puan Sineenat telah tular di laman sesawang istana, satu perkara yang tidak pernah berlaku sebelum ini yang menyebabkan laman sesawang itu mengalami gangguan berikutan trafik berat.

Mengikut pengumuman dua muka surat itu, Puan Sineenat didakwa telah cuba mensabotaj pelantikan Pemaisuri Suthida dan telah melampaui batas hal ehwal pasangan diraja tersebut.

“Dia (Puan Sineenat) telah bertindak menentang perkahwinan diraja dan pelantikan Pemaisuri.. Dia telah memberi tekanan dan melakukan apa sahaja yang boleh dilakukannya supaya Pemaisuri tidak dilantik agar dia sendiri boleh dilantik sebagai Pemaisuri Thailand,”

“Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja telah melantiknya sebagai Gundik Diraja untuk mengurangkan tekanan itu, tetapi selepas mengawasi tingkah lakunya untuk beberapa waktu, tenyata bahawa Gundik Diraja Sineenat tidak bersyukur dan tidak bersikap wajar untuk gelaran yang diberikan itu,”-Salah satu kandungan dalam surat pengumuman tersebut.

Dia juga turut didakwa menyalahgunakan nama Raja untuk kepentingan dirinya sendiri dan menyebabkan keretakan di kalangan pegawai istana dan mengelirukan orang mengenai statusnya.

Raja Vajiralongkorn telah berkahwin sebanyak tiga kali ketika dia masih Putera Mahkota dan mempunyai tujuh anak. Lima lelaki dan dua anak perempuan daripada perkahwinan sebelumnya. Pemaisuri Suthida adalah isteri keempatnya dan pasangan Diraja itu masih belum dikurniakan zuriat.

View this post on Instagram

พระบาทสมเด็จพระปรเมนทรรามาธิบดีศรีสินทรมหาวชิราลงกรณ พระวชิรเกล้าเจ้าอยู่หัว รัชกาลปัจจุบัน แห่งมหาจักรีบรมราชวงศ์ และสมเด็จพระนางเจ้าสุทิดา พัชรสุธาพิมลลักษณ พระบรมราชินี ✨🙏🏼💛💜🙏🏼✨ ข้าพระพุทธเจ้าขอพระราชทานถวายพระพรชัยมงคลแด่ใต้ฝ่าละอองธุลีพระบาท ขอพระองค์จงทรงพระเจริญ มีพระชนมายุยิ่งยืนนาน พระพลานามัยสมบูรณ์แข็งแรง ปราศจากอุปัทวันตรายใด ๆ ทั้งปวง สถิตในมไหสวรรย์สิริราชสมบัติเป็นมิ่งขวัญแห่งปวงข้าพระพุทธเจ้าตราบเท่ากัลปาวสาน ด้วยเกล้าด้วยกระหม่อม ขอเดชะ ข้าพระพุทธเจ้าผู้จัดทำเพจ @thairoyalfamily ✨🙏🏼💜💛🙏🏼✨ His Majesty King Maha Vajiralongkorn (Rama X) and Her Majesty Queen Suthida Bajrasudhabimalalakshana of the Kingdom of Thailand. ✨🙏🏼💛💜🙏🏼✨ I wish Their Majesties Happiness, Good health and Longevity. May It Please Their Majesties, the Owner of Facebook Fanpage and Instagram Account @thairoyalfamily ✨🙏🏼💜💛🙏🏼✨

A post shared by Thai Royal Family (@thairoyalfamily) on

Oleh itu, Jelita ingin kongsikan fakta menarik mengenai dua wanita yang menjadi fokus dalam kemelut keluarga Diraja Thailand ini.

1 of 8

Pemaisuri Suthida

High Lady

Dilahirkan sebagai Puan Suthida Tidjai, Pemaisuri Suthida, 41, tahun telah lama dikhabarkan mempunyai hubungan romantik dengan Raja Vajiralongkorn tetapi hubungan mereka telah dirahsiakan daripada pengetahuan umum sehinggalah awal tahun ini.

Dia dilantik sebagai Than Phu Ying, yang membawa maksud High Lady pada tahun 2017 sebelum dia dilantik menjadi Pemaisuri.

1 of 8