Kebakaran Hutan Di Australia – Lebih Setengah Bilion Haiwan Terbunuh!

Kebakaran dijangka berterusan sehingga Februari.

Kebakaran hutan di Australia kali ini yang bermula sejak penghujung Ogos tahun lalu merupakan yang terburuk dalam sejarah sepanjang dekad. New South Wales menjadi lokasi paling teruk mengalami kebakaran selain daerah lain termasuk pinggir kota di Melbourne dan Sydney.

Foto: depositphotos.com

Sebanyak lebih 24 nyawa telah terkorban setakat ini, ribuan rumah hangus terbakar dan lebih setengah bilion haiwan liar mati. Bencana alam ini berpunca daripada perubahan cuaca dan pemanasan global serta musim kemarau berpanjangan sejak pertengahan tahun lalu. Australia sering mencatatkan musim panas dengan udara yang kering serta suhu yang sangat panas sehingga mencecah lebih 40c darjah selsius.

2 of 4

Koala antara haiwan yang terancam dalam kebakaran ini. Foto: The Nature Porn

2 of 4