Panduan Percutian Mesra Muslim Di Australia Barat

Banyak aktiviti menarik untuk anda cuba bersama keluarga

Sebagai salah satu negeri terbesar di dunia yang dilengkapi dengan iklim berbeza, sejarah yang panjang dan flora serta fauna yang menakjubkan, Australia Barat adalah antara destinasi wajib bagi anda yang gemar melakukan aktiviti menarik bersama keluarga. Terdapat gabungan pengalaman, pemandangan dan deria yang indah, sesuai untuk keluarga yang inginkan percutian santai selama beberapa hari mahupun minggu.

Lebih menarik, penerbangan dari ibu kota, Perth mengambil masa hanya 5.5 jam dari Kuala Lumpur dan turut berkongsi zon masa yang sama. Selamat tinggal, jet-lag!

Dengan destinasi yang tidak berkesudahan di Australia Barat untuk diterokai, berikut adalah beberapa cadangan menarik dengan tarikan paling cantik dan mesra keluarga untuk ibu bapa berseronok bersama anak-anak.

1 of 4

 

Bersantai Di Kawasan Desa Yang Indah

Larikan diri dari hiruk-pikuk kota dan berikan peluang kepada keluarga anda untuk merasai pengalaman kehidupan luar bandar dan landskap di Australia Barat. Dengan menginap di ladang akan memberikan anda peluang untuk menghabiskan masa berkualiti bersama keluarga. Lakukan aktiviti menarik seperti unggun api, memberi makan haiwan, mengumpul telur, belajar untuk menyusukan anak lembu dan berjalan di padang rumput yang indah di pagi hari yang berkabus. Ini adalah peluang yang baik untuk anak menikmati pengalaman yang menyeronokkan, interaktif dan mempelajari tentang haiwan sambil mendekati alam semula jadi.

Beberapa penginapan ladang yang terkenal adalah Boshack Outback, yang juga kawasan belukar yang terpencil berhampiran Toodyay dan hanya 90 minit dari Perth. Anda juga boleh melawat Hideaway Margaret River dan Farmstay yang juga dikenali sebagai Land for Wildlife yang telah diwartakan atau ke Ladang Billa Billa, sebuah penginapan menakjubkan yang terletak bersebelahan dengan Kawasan Belantara Walpole di Walpole Utara yang indah.

Semua ini menawarkan pengalaman luar bandar yang asli dan percutian sempurna untuk keluarga anda!

1 of 4