Jadi Lokasi Penggambaran Drama, Ini 11 Lokasi Di Korea Yang Menarik Untuk Dikunjungi

Bagaikan seperti berada dalam drama Korea!

Apabila berkunjung ke Korea Selatan, sudah tentu anda akan mencari lokasi yang menarik untuk dikunjungi. Dan, jika anda adalah penggemar drama Korea, sudah tentu lokasi ini pasti akan menjadi tarikan utama sewaktu percutian anda di Korea nanti. Pernah menjadi lokasi penggambaran untuk beberapa drama Korea terkenal, ini 11 lokasi yang anda harus kunjungi jika bercuti di sana.

1 of 11

Pulau Nami- Winter Sonata (2002)

Pulau Nami adalah antara lokasi yang terkenal di Korea. Di sinilah lokasi penggambaran untuk drama terkena, Winter Sonata (2002) yang dilakonkan oleh Bae Yong Joon dan Choi Ji Woo. Terletak 63 kilometer jauh daripada Seoul dari arah Chuncheon, lokasi ini terkenal dengan jalan yang dikeliling pokok yang indah.

Ciri khas pulau ini adalah ia tidak mempunyai tiang telefon. Ini kerana semua wayar elektrik dibina di bawah tanah untuk mengekalkan pemandangan semula jadi pulau tersebut. Besar pulau ini adalah 553, 560 meter persegi dan di kelilingi dengan pokok chesnut dan poplar.

Ambil swafoto menarik di sepanjang jalan pokok Pine sehingga anda lihat patung dua karakter daripada drama ikonik tersebut.

1 of 11