Cipta Momen Romantis Di 7 Lokasi Bulan Madu Ini

Bawa pasangan anda berkunjung ke sini.

Sesi bulan madu bersama pasangan tercinta pastinya umpama dibuai perasaan saat kali pertama cinta berputik sebaik sahaja menjejakkan kaki ke destinasi romantis. Ini tujuh lokasi bulan madu yang pasti berbaloi untuk anda dan pasangan cipta momen romantis bersama.

1 of 7

Chiang Mai, Thailand

Chiang Mai adalah bandar di utara Thailand yang bercuaca agak sejuk jika dibandingkan dengan Bangkok. Persekitarannya semula jadi indah dengan kehijauan alam, selain kaya dengan budaya dan gaya hidup tersendiri. Sama ada anda seorang yang suka berdamping dengan alam, gemar aktiviti lasak ataupun lebih terarah kepada mengenal budaya asing, Chiang Mai mampu memenuhi kehendak semua. Antara lokasi menarik yang boleh anda singgah bersama pasangan adalah Wat Phra That Doi Suthep, Baan Khun Chang Kian, Mon Cham dan Chiang Mai Night Bazaar.

Setelah penat berjalan meneroka banyak tempat, rehat dan manjakan diri di Oasis Spa. Terdapat pelbagai pilihan rawatan yang boleh anda cuba daripada urutan seluruh badan hingga kepada rawatan wajah.

Penginapan Pilihan: The Imperial Mae Ping Hotel

Lokasi penginapan yang sangat selesa dan memiliki suasana damai serta romantis dengan kamar yang elegan dengan sentuhan klasik melambangkan ciri tradisi daerah ini. Juga berdekatan dengan pasar malam untuk dapatkan pelbagai barang yang boleh anda bawa pulang sebagai buah tangan. Hotel ini mendapat populariti dek kisah mendiang Teresa Teng, penyanyi dari Taiwan yang suka menginap di suite termahal di sini. Dia dikatakan meninggal dunia pada Mei 1995 semasa dalam perjalanan dari hotel ini ke hospital.

1 of 7