Alami Keseronokan Musim Sejuk Di Sini!

Nikmati percutian di kelilingi salji di sini!

Club Med, perintis pengalaman inklusif premium dan tarikan utama untuk percutian ski global telah dibuka untuk tempahan musim sejuk pada tahun 2021 dengan tawaran menarik. Tetamu boleh menempah percutian musim sejuk yang akan datang, dari Disember 2020 hingga April 2021 di seluruh destinasi di Asia dan Eropah.

Sama ada anda mencari lokasi bulan madu atau percutian keluarga yang menarik, Club Med menawarkan banyak pilihan untuk pelancong di resort mereka di Jepun, China, Perancis dan Itali. Selain kegiatan ski atau snowboarding, pelancong pasti akan berminat untuk mencuba makanan dan persekitaran tempatan yang berdekatan dengan Club Med.

Club Med Sahoro

Resort: Club Med Tomamu Hokkaido (4 Trident Resort)

Lokasi: Hokkaido, Jepun

Anugerah: TripAdvisor’s 2019 Certificate of Excellence

Resort ini baru sahaja diperbaharui dan telah menaik taraf bilik tetamu pada bulan Disember 2018, dan pengubahsuaian penuh kawasan awam pada tahun 2019. Bagaimanapun, ia masih mengekalkan kecantikan dan kemegahan budaya Ainu, semuanya menyediakan bilik dan kemudahan dengan sentuhan moden. Bermain ski atau salji dengan keluarga dan orang tersayang di atas selimut salji putih yang mengelilingi resort tersebut sambil menikmati masakan Hokkaido yang unik yang menggunakan bahan tempatan yang disediakan oleh Chef Jepun yang terlatih secara klasik.

Club Med Sahoro Hokkaido membolehkan tetamu melibatkan diri dalam budaya dan warisan Jepun. Pakej bermula pada RM4,880 setiap orang dewasa untuk percutian enam hari lima malam dengan tambahan 30 peratus ditambah dengan RM300 bagi setiap orang dewasa.

Club Med Tomamu

Resort: Club Med Tomamu Hokkaido (4 Trident Resort)

Lokasi: Hokkaido, Jepun

Anugerah: TripAdvisor’s 2019 Certificate of Excellence

Terbentang di Gunung Tomamu seluas 145 hektar, lokasi ini adalah syurga untuk aktiviti musim sejuk. Tetamu boleh mencuba pelbagai aktiviti menarik yang disediakan di sini seperti bermain di kolam renang berombak dalaman yang terbesar di Jepun yang terletak berhampiran dengan resort Hoshino. Selain itu, pelancong yang datang ke sini turut disajikan dengan masakan Jepun yang lazat seperti makanan laut segar dan daging Wagyu berkualiti yang dimasak dengan gaya Yakiniku.

Pakej bermula pada RM5,845 setiap orang dewasa untuk percutian enam hari lima malam dengan tambahan 30 peratus dan RM300 setiap orang dewasa.

Club Med Yabuli

Resort: Club Med Yabuli (4 Trident Resort)

Lokasi: Yabuli, China

Anugerah: TripAdvisor’s 2019 Traveller’s Choice

Kawasan salji pertama di China adalah rantaian gunung yang hebat dan dilitupi dengan hutan berdekatan dengan kawasan ski Yabuli Merge. Yabuli mempunyai 50.8km laluan ski yang berterusan di 49 cerun di tiga gunung dengan ketinggian yang berbeza dari 1000m ke 1375m. Sekali gus menjadikannya resort sempurna untuk semua peringkat ski. Mulakan percutian dengan sesi ski yang diketuai oleh para pengajar dari Sekolah Ski Perancis, sebelum meneruskan aktiviti Club Med Spa istimewa oleh L’Occitane. Resort ini juga turut menawarkan masakan Cina terbaik dengan sebuah restoran istimewa yang mempamerkan cita rasa dari rantau Heilongjian di China yang terkenal dengan penggunaan sayuran yang didapati di kawasan gunung, daging dan ikan.

Pakej bermula pada RM2,340 setiap orang dewasa untuk percutian lima hari empat malam, dengan tambahan 35 peratus dan RM300 bagi setiap orang dewasa.

Bagi anda yang mencari pengalaman yang lebih unik boleh juga menempah resort ski Eropah dengan tawaran hingga 30 peratus bermula pada 22 Januari 2020.