9 Lokasi Percutian Mesra Keluarga Yang Menarik!

Bawa anak anda ke lokasi ini sewaktu cuti sekolah!

Cuti sekolah hampir tiba. Inilah waktunya untuk anda luangkan masa bersama anak. Bawa mereka pergi bercuti di tempat yang menyeronokkan dan pada masa yang sama, anda juga boleh kurangkan tekanan selepas penat bekerja.

Oleh itu, Jelita senaraikan sembilan lokasi percutian mesra keluarga yang akan buat anak anda gembira.

1 of 10

Jurong Bird Park, Singapura

Taman burung terbesar di Asia ini menjadi habitat kepada 5,000 burung dalam  400 spesies, di mana 15 peratus daripadanya adalah yang terancam. Ia terkenal dengan aviari yang sangat besar dan terdiri daripada Lory Loft, Jungle Jewels dan Waterfall Aviary. Antara tarikan menarik yang lain ialah Penguin Coast dan Pelican Cove. Hujung November, pelawat berpeluang melihat dua spesies burung macaw yang paling jarang dijumpai di dunia iaitu Spix dan Lear.

1 of 10