8 Lokasi Game of Thrones Yang Boleh Anda Lawati

Lihat sendiri lokasi siri popular ini di Eropah dan Afrika Utara.

Siri televisyen popular, Game of Thrones bakal menghampiri penghujungnya. Mungkin sukar bagi peminat siri itu untuk mengucapkan selamat tinggal kepada drama fantasi berikut namun Jelita punya berita baik untuk anda. Terdapat lapan lokasi penggambaran drama itu yang dibuka kepada orang awam. Jadi, inilah peluang anda untuk berada di dalam dunia Game of Thrones di lapan lokasi yang boleh dilawati ini. Dapatkan diskaun untuk destinasi pilihan anda, syarikat penerbangan dan penginapan yang sesuai dengan bajet apabila menggunakan aplikasi seperti Traveloka.

8 of 8

Essaouira, Morocco (Astapor)

Di Maghribi, dinding tebing bandar Essaouira juga turut tampil dalam bandar fiksyen “Astapor”, di mana naga Daenerys terbang pada musim ketiga. Peminat Game of Thrones lebih mengenali Essaouira sebagai tempat kepada tentera yang mahir yang dikenali sebagai The Unsullied. Realitinya, Essaouira adalah sebuah bandar pelabuhan di pantai Atlantik di Maghribi yang terkenal dengan makanan laut segarnya dan pengeluaran minyak argan tradisional dan ia adalah bandar lama abad ke 18 UNESCO yang dipenuhi dengan kedai seniman tempatan.

8 of 8