8 Lokasi Game of Thrones Yang Boleh Anda Lawati

Lihat sendiri lokasi siri popular ini di Eropah dan Afrika Utara.

Siri televisyen popular, Game of Thrones bakal menghampiri penghujungnya. Mungkin sukar bagi peminat siri itu untuk mengucapkan selamat tinggal kepada drama fantasi berikut namun Jelita punya berita baik untuk anda. Terdapat lapan lokasi penggambaran drama itu yang dibuka kepada orang awam. Jadi, inilah peluang anda untuk berada di dalam dunia Game of Thrones di lapan lokasi yang boleh dilawati ini. Dapatkan diskaun untuk destinasi pilihan anda, syarikat penerbangan dan penginapan yang sesuai dengan bajet apabila menggunakan aplikasi seperti Traveloka.

7 of 8

Vatnajökull National Park, Iceland (Beyond the Wall)

Vatnajökull terletak di Iceland yang turut dikenali sebagai Vatna Glacier. Ia adalah tempat yang diketahui peminat Game of Thrones sebagai Beyond the Wall. Tempat ini dikatakan sebagai salah satu daripada kawasan ais terbesar di Eropah. Dalam episoda “Land of Always Winter” diperlukan kesan CGI untuk menghasilkannya namun glasier, gua ais dan kawasan geoterma yang aktif yang digunakan sebagai lokasi penggambaran adalah tempat yang anda boleh lawati di Vatnajökull National Park, sebuah hutan belantara yang dilindungi di timur Reykjavik di Iceland. Merentasi kawasan sekitar lapan ribu kilometer persegi, glasier merangkumi sekitar lapan peratus kawasan tanah di Iceland. Pada titik terdalamnya, glasier adalah dalam jarak seribu meter dan menyembunyikan beberapa gunung berapi yang masih aktif.

7 of 8