8 Lokasi Game of Thrones Yang Boleh Anda Lawati

Lihat sendiri lokasi siri popular ini di Eropah dan Afrika Utara.

Siri televisyen popular, Game of Thrones bakal menghampiri penghujungnya. Mungkin sukar bagi peminat siri itu untuk mengucapkan selamat tinggal kepada drama fantasi berikut namun Jelita punya berita baik untuk anda. Terdapat lapan lokasi penggambaran drama itu yang dibuka kepada orang awam. Jadi, inilah peluang anda untuk berada di dalam dunia Game of Thrones di lapan lokasi yang boleh dilawati ini. Dapatkan diskaun untuk destinasi pilihan anda, syarikat penerbangan dan penginapan yang sesuai dengan bajet apabila menggunakan aplikasi seperti Traveloka.

3 of 8

Istana Real Alcázar, Seville, Spain (Royal Palace of Dorne)

Istana diraja mewah yang terletak di pusat bandar ini telah diiktiraf sebagai istana tertua di Eropah yang masih digunakan. Bilik di bahagian atas istana ini masih digunakan oleh keluarga diraja Sepanyol sebagai kediaman rasmi mereka di Seville. Taman terkenal  Alcázar di Seville banyak digunakan dalam adegan Game of Thrones. Walaupun istana itu adalah tarikan pelancong terbesar di Seville, pelakon dan kru siri itu telah mendapatkan keizinan untuk menutup separuh daripada istana tersebut dan menunjukkannya dalam adegan penting di Dorne, bahagian paling selatan kerajaan Westeros. Tamannya amat terkenal di kalangan peminat drama tersebut.

3 of 8