8 Lokasi Game of Thrones Yang Boleh Anda Lawati

Lihat sendiri lokasi siri popular ini di Eropah dan Afrika Utara.

Siri televisyen popular, Game of Thrones bakal menghampiri penghujungnya. Mungkin sukar bagi peminat siri itu untuk mengucapkan selamat tinggal kepada drama fantasi berikut namun Jelita punya berita baik untuk anda. Terdapat lapan lokasi penggambaran drama itu yang dibuka kepada orang awam. Jadi, inilah peluang anda untuk berada di dalam dunia Game of Thrones di lapan lokasi yang boleh dilawati ini. Dapatkan diskaun untuk destinasi pilihan anda, syarikat penerbangan dan penginapan yang sesuai dengan bajet apabila menggunakan aplikasi seperti Traveloka.

2 of 8

Old Town, Dubrovnik, Croatia (King’s Landing)

Sebuah tapak Warisan Dunia UNESCO kerana kepentingan sejarahnya, Bandar lama Dubrovnik di Croatia mula muncul dalam siri popular itu sebagai King’s Landing pada musim kedua. Bandar itu mempuyai ciri kota lama yang luar biasa dan dikelilingi dengan gereja, biara, instana dan air pancut dengan elemen Gothic, Renaissance dan Baroque yang indah. Semenjak ia muncul dalam drama tersebut, bilangan pelancong di tempat bersejarah itu semakin meningkat. Anda boleh berjalan melalui tujuh kerajaan dalam lawatan bertema Game of Thrones. Anda akan melewati tangga St. Ignatius dari Gereja Loyola yang menakjubkan (ia boleh dilihat dalam babak Cersei Lannister menjalani hukuman “walk of shame”). Selain itu, anda juga boleh melawat Fort Lovrijenac, di mana kubu itu adalah set penggambaran untuk pertempuran Blackwater yang epik.

2 of 8