7 Lokasi Menarik Untuk Destinasi Babymoon Anda

Ajak suami anda untuk bercuti di sini!

Bukan mudah untuk seorang wanita melalui fasa bergelar seorang ibu. Jadi, tidak salah jika saat anda sedang hamil, anda manjakan diri anda dengan percutian yang tenang dan mendamaikan. Oleh itu, Jelita senaraikan tujuh lokasi menarik untuk destinasi babymoon yang boleh anda cadangkan kepada suami nanti.

1 of 7

The Sanchaya, Singapura

Lokasi percutian paling popular yang terletak di Pulau Bintan. The Sanchaya telah melancarkan Baby Love, pengalaman percutian terbaru yang direka khas untuk membolehkan bakal ibu dan bapa berehat dan bersedia untuk memasuki fasa baru dalam kehidupan.

The Sanchaya terletak kurang dari satu jam dari Singapura melalui bot, sekali gus menghapuskan keperluan untuk terbang dan menjadikannya lokasi yang paling sesuai untuk ibu mengandung. Percutian Baby Love ini termasuk penginapan tiga malam di salah satu Junior Suite. Lawan Thai Villa atau Sanchaya Suite dan sarapan setiap hari untuk dua di The Dining Room. Pengalaman ini juga turut merangkumi urutan selama 60 minit untuk kedua-dua tetamu dengan pilihan termasuklah “Mum to Be”, urutan pranatal yang menggunakan teknik lembut untuk melegakan ketidakselesaan ketika sedang hamil.

Selain itu, pasangan bakal ibu dan bapa ini juga boleh menikmati sesi teh petang tradisional, sesi cocktail atau mocktail dan turut diberikan tiket feri kelas Emerald untuk perjalanan pulang.

1 of 7