6 Destinasi Memukau Di Perth Yang Berbaloi Untuk Dikunjungi

Jangan lepaskan peluang untuk kunjungi Perth!

Inginkan pengembaraan yang mencabar? Australia Barat adalah destinasi sempurna untuk anda yang dahagakan lokasi mencabar sebagai destinasi percutian.  Tidak kiralah jika anda gemar makan, pencinta alam, suka melawat galeri atau suka menghabiskan masa dengan orang yan tersayang, Australia Barat punya sesuatu untuk anda. Jelita kongsikan enam destinasi memukau di Perth yang berbaloi untuk anda kunjungi.

6 of 6

Rottnest Island, Perth

Pulau Rottnest atau lebih dikenali sebagai Rotto di kalangan penduduk tempatan, terkenal dengan suasan santai dan pantai yang indah. Dikelilingi oleh Lautan India yang berkilauan, terdapat 63 pantai yang menakjubkan, 20 teluk yang indah dan banyk terumbu karang dan bangkai kapal yang menakjubkan. Di sinilah penduduk tempatan melakukan aktiviti seperti berenang, meluncur, snorkel, memancing dan berehat. Di sini juga, anda boleh berkenalan dengan haiwan paling gembira di dunia iaitu Quokka. Rotto juga adalah zon bebas kereta dan satunya cara untuk mengunjungi kawasan pulau ini adalah dengan menyewa basikal. Hanya 19 kilometer daripada pantai, anda boleh memilih kenderaan untuk dinaiki sama ada tiba dengan bergaya menaiki helikopter atau teksi udara, atau belayar dalam bot anda sendiri



6 of 6