6 Destinasi Memukau Di Perth Yang Berbaloi Untuk Dikunjungi

Jangan lepaskan peluang untuk kunjungi Perth!

Inginkan pengembaraan yang mencabar? Australia Barat adalah destinasi sempurna untuk anda yang dahagakan lokasi mencabar sebagai destinasi percutian.  Tidak kiralah jika anda gemar makan, pencinta alam, suka melawat galeri atau suka menghabiskan masa dengan orang yan tersayang, Australia Barat punya sesuatu untuk anda. Jelita kongsikan enam destinasi memukau di Perth yang berbaloi untuk anda kunjungi.

5 of 6

Perth’s Coastline, Perth

Jika anda gemar habiskan masa di pantai, ambil peluang untuk mengunjungi satu daripada 19 pantai metropolitan jernih di pinggir pantai Perth dan bersantai di permaidani pasir putih atau nikmati matahari terbenam yang ikonik dari Lautan Hindi. Terdapat 80 kilometer dari matahari, laut dan pasir untuk dinikmati di pantai Perth, semuanya hanya ambil masa 30 minit dengan memandu. Mereka yang gemarkan luncur air, boleh menuju ke Scarborough dan Trigg, manakala bagi mereka yang ingin berenang atau menikmati suasana tenang ketika berdayung berdiri, boleh menuju ke Cottesloe atau Kolam Mettam. Berenang dari pagi hingga matahari terbenam, menikmati matahari terbenam, semuanya boleh dilakukan di sini.

5 of 6