6 Destinasi Memukau Di Perth Yang Berbaloi Untuk Dikunjungi

Jangan lepaskan peluang untuk kunjungi Perth!

Inginkan pengembaraan yang mencabar? Australia Barat adalah destinasi sempurna untuk anda yang dahagakan lokasi mencabar sebagai destinasi percutian.  Tidak kiralah jika anda gemar makan, pencinta alam, suka melawat galeri atau suka menghabiskan masa dengan orang yan tersayang, Australia Barat punya sesuatu untuk anda. Jelita kongsikan enam destinasi memukau di Perth yang berbaloi untuk anda kunjungi.

4 of 6

Swan Valley, Perth

Perth terkenal dengan pembuatan wain. Hanya 25 minit ke timur Perth, Swan Valley adalah tempat untuk anda lari daripada kekecohan bandar. Anda boleh pelajari warisan tempatan, menikmati masa bersama keluarga dan menikmati makanan yang enak sambil dikelilingi dengan suasana yang indah dan aman. Anda boleh melawat ladang anggur menaiki kereta kuda atau menaiki kereta klasik mewah. Terdapat juga aktiviti untuk kanak-kanak seperti melawat Taman Hidupan Liar Caversham, The Maze – Home of the Outback Splash Family Fun Park atau Valley Cycle Trail Heritage Swan.

4 of 6