6 Destinasi Memukau Di Perth Yang Berbaloi Untuk Dikunjungi

Jangan lepaskan peluang untuk kunjungi Perth!

Inginkan pengembaraan yang mencabar? Australia Barat adalah destinasi sempurna untuk anda yang dahagakan lokasi mencabar sebagai destinasi percutian.  Tidak kiralah jika anda gemar makan, pencinta alam, suka melawat galeri atau suka menghabiskan masa dengan orang yan tersayang, Australia Barat punya sesuatu untuk anda. Jelita kongsikan enam destinasi memukau di Perth yang berbaloi untuk anda kunjungi.

3 of 6

Fremantle, Perth

Lawatan ke Perth tidak akan lengkap tanpa mengunjungi bandar pelabuhan eklektik Fremantle. Perjalanan ke bandar ini mengambil masa 30 minit dengan menaiki kereta api atau melayari sungai dari CBD. ‘Freo’ seperti yang diketahui oleh penduduk tempatan, adalah gabungan daripada lama dan baru dengan muzium, pub, kafe dan pasar. Bersiar-siar di jalan Fremantle yang dihiasi dengan seni bina era Georgia dan dari Zaman Victoria, di mana pereka fesyen dari Fremantle mempamerkan gaya unik mereka. Dan, jika anda berada di Fremantle pada hujung minggu, jangan lupa untuk singgah ke Pasar Fremantle yang ikonik. Ia bukan hanya kaya dengan sejarah, tetapi turut mengandungi aroma eksotik, hasil segar, muzik, kraf dan juga seni Aborigin.

3 of 6