6 Destinasi Memukau Di Perth Yang Berbaloi Untuk Dikunjungi

Jangan lepaskan peluang untuk kunjungi Perth!

Inginkan pengembaraan yang mencabar? Australia Barat adalah destinasi sempurna untuk anda yang dahagakan lokasi mencabar sebagai destinasi percutian.  Tidak kiralah jika anda gemar makan, pencinta alam, suka melawat galeri atau suka menghabiskan masa dengan orang yan tersayang, Australia Barat punya sesuatu untuk anda. Jelita kongsikan enam destinasi memukau di Perth yang berbaloi untuk anda kunjungi.

2 of 6

Kings Park and Botanic Garden, Perth

Terletak di sebelah Swan River, Perth, Kings Park dan Botanic Garden adalah salah satu lokasi paling indah di Perth. Ia juga adalah salah satu taman terbesar di dunia. Bahkan lebih besar daripada Central Park New York. Taman ini terletak dalam Daerah Pusat Perniagaan Perth (CBD). Ada pelbagai aktiviti yang boleh anda lakukan di sini, termasuklah menikmati kehijauan semula jadi seluas 400 hektar, berjalan ke puncak, mempelajari budaya Orang Asli, berkelah di antara pokok Gum dan jika anda melawat sewaktu musim bunga, anda juga boleh melihat bunga liar yang mekar di sekitar taman ini. Jika anda bercuti di Perth, jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi taman ini.

2 of 6