5 Lokasi Penggambaran Drama Crash Landing On You Yang Boleh Anda Kunjungi

Mungkin boleh jumpa 'Ri Jeong Hyeok' anda sendiri di sana?

Siapa yang masih tidak boleh move on dengan drama Korea popular, Crash Landing On You? Kisah cinta terlarang antara Ri Jeong Hyeok dari Korea Utara dan Yoon Seri dari Korea Selatan pasti akan buat anda menitiskan air mata.

Bukan hanya kisah cinta romantis yang menjadi tarikan, tetapi lokasi penggambaran drama ini juga turut menjadi perhatian. Tahukah anda sebahagian besar adegan drama ini dirakam di Switzerland dan Korea Selatan? Berikut adalah lokasi penggambaran Crash Landing On You yang boleh anda lawati.

Tasik Brienz, Iseltwald

Babak sedih di mana Ri Jeong Hyeok bermain piano telah dirakam di tepi selatan Tasik Brienz, Switzerland. Tasik ini terletak di kampung kecil Iseltwald dan adegan piano dirakamkan di hadapan sebuah kediaman persendirian di sebelah pelabuhan Harbour Iseltwald.

First Flieger, Grindelwald

Babak pertemuan semula Ri Jeong Hyeok dan Yoon Se Ri yang penuh dengan air mata telah dirakam di lokasi dengan landskap cantik Grindelwald ini. Dan ia menjadikan keseluruhan adegan ini 10 kali lebih cantik. Anda boleh mengalami sendiri pengembaraan paragliding di First Flieger jika ingin melihat sendiri pemandangan ini dari atas.

Sigriswil Panorama Bridge, Switzerland

Tarikan ini pastinya tidak sesuai buat anda yang gayat. Dalam siri ini, Ri Jeong Hyeok dan Seo Dan telah datang melawat Jambatan Panorama Sigriswil, di antara tapak utama lain di bandar ini, dan telah meminta seorang wanita (yang kebetulan adalah Yoon Se Ri) untuk mengambil gambar mereka di jambatan itu.

Hallasan National Park, Jeju Island

Masihkah anda ingat adegan pertama drama ini di mana Yoon Se Ri telah melakukan pendaratan kecemasan di Korea Utara DMZ (Demilitarized Zone) akibat kemalangan? Adegan ikonik ini sebenarnya terletak di Taman Negara Hallasan yang indah di Pulau Jeju, Korea Selatan. Ia adalah lokasi popular di kalangan pelancong dan turut menawarkan aktiviti mendaki.

Commodore Hotel di Busan, Korea Selatan

Adakah anda perasan setiap kali watak kegemaran drama itu melawat Pyongyang, mereka hanya akan menginap di hotel ini? Sebenarnya anda juga boleh menempah penginapan di sini. Hotel Pyongyang yang fiksyen di mana Yoon Se Ri bertemu Gu Seung Joon secara kebetulan adalah sebenarnya Hotel Commodore di Busan.