5 Hotel Yang Paling Mewah Di Dunia

Seronoknya kalau dapat bermalam di sini!

Bagi kebanyakan pelancong, memilih tempat tinggal ketika pergi melancong mesti akan mempertimbangkan bajet, lokasi dan juga kemudahan. Namun, cuba bayangkan sejenak, duit bukan satu masalah dan biarkan diri anda mengikuti Jelita dalam lawatan ke tempat penginapan yang sememangnya tiada tandingan.

Berikut adalah lima hotel paling mewah di dunia yang pasti akan buat anda kagum.

1 of 5

Hotel Emirates Palace, Abu Dhabi

Emirates Palace adalah salah satu hotel mewah di Abu Dhabi. Hotel ini mempunyai 394 buah bilik dan suite, 40 bilik mesyuarat dan banyak lagi. Pembinaan hotel mewah ini menelan belanja kira-kira tiga bilion USD.

Menurut laporan akhbar, hotel ini dibina menggunakan marmar yang diimport khas daripada 13 negara berlainan dan mempunyai lebih dari 1,000 lampu chandelier yang diperbuat daripada kristal. Harga bilik untuk satu malam di sini adalah dalam anggaran RM 2,500.

1 of 5