12 Rumah Unik Yang Boleh Anda Kunjungi Pada Cuti Panjang Ini

Hasilkan OOTD menarik di sini!

Dekad baru bakal menyambut kita tidak lama lagi, inilah masanya untuk anda bawa keluarga pergi bercuti pada hujung tahun di lokasi yang menarik. Airbnb telah memilih 12 rumah unik untuk penginapan yang pasti akan buat anda teruja. Tidak kira sama ada anda gemarkan pantai, alam semula jadi atau seorang yang sukakan destinasi unik, 12 lokasi ini pasti akan memenuhi setiap keinginan tersebut.

Rekaan unik rumah ini juga pasti akan buatkan gambar OOTD lebih menarik. Jom lihat 12 senarai rumah unik pilihan Airbnb.

1 of 12

Pengalaman Berkaki Ayam di Utara Borneo, Sabah, Malaysia

Selami suasana percutian di pinggir pantai yang terletak di hujung utara Borneo dengan air sejuk yang berbuih seperti air garam membasahi kaki. Terletak di puncak tebing kecil dengan pemandangan Laut China Selatan, Hibiscus Beach Retreat adalah chalet serba lengkap dengan satu bilik tidur, direka sempuna untuk pasangan berbulan madu atau keluarga kecil serta tambahan sempurna untuk koleksi foto Instagram anda!

1 of 12